Utusan Borneo (Sabah)

United Airlines dikecam gara-gara seluar leging

-

WASHINGTON: United Airlines menjadi tumpuan kekecohan media sosial selepas melarang dua gadis menaiki pesawat di Denver kelmarin kerana mereka berseluar leging.

Seorang gadis lain yang turut memakai seluar leging dibenarkan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Denver ke Minneapoli­s selepas menukar pakaiannya, menurut saksi.

Insiden itu dilaporkan dalam Twitter oleh Shannon Watts, pengasas kumpulan perubahan senjata Moms Demand Action, yang merupakan salah seorang penumpang di lapangan terbang yang menunggu untuk menaiki pesawat lain ke Mexico.

“Beliau memaksa mereka menukar pakaian atau memakai skirt di luar seluar leging itu atau mereka tidak boleh menaiki pesawat,” kata beliau.

“Sejak bila pula ada polis pakaian wanita di @united?”

“Seorang budak perempuan berusia 10 tahun memakai seluar leging kelabu,” tambah beliau mengenai salah seorang budak perempuan itu.

“Beliau kelihatan biasa dan bersesuaia­n.”

Bagaimanap­un, United Airlines mengekalka­n sokonganny­a terhadap keputusan ejen yang menjaga pintu masuk dalam beberapa siri kenyataan Twitternya.

Kemudian, ia menjelaska­n bahawa budak perempuan itu dihalang daripada menaiki pesawat sebagai ‘penumpang pas’, mereka yang terbang secara percuma atau pada kadar diskaun besar kerana merupakan pekerja syarikat penerbanga­n atau ahli keluarga mereka.

“Pelanggan biasa kami tidak akan dilarang daripada menaiki pesawat kerana mereka berseluar leging atau seluar yoga,” kata jurucakap kepada The Washington Post.

“Namun ketika menaiki pesawat sebagai pelancong pas, kami mengkehend­aki mereka mematuhi peraturan.”

Itu tidak akan menghentik­an tohmahan terhadap syarikat penerbanga­n itu dalam media sosial mengenai apa yang disifatkan pengkritik sebagai tindakan paling seksis dan mengganggu.

“@united Leggings merupakan pakaian bisnes selama 10 tahun.

“Urusan mereka bersikap kebudak-budakan,” aktres Patricia Arquette menyatakan di dalam Twitter.

Model Chrissy Teigen menyatakan: “Saya pernah menaiki United sebelum ini tanpa berseluar. Hanya sehelai baju panjang sebagai dres.” —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia