Utusan Borneo (Sabah)

CIDB KELUAR 10 NOTIS

Atas pelbagai kesalahan tapak pembinaan, termasuk satu notis arahan henti operasi serta-merta

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 notis termasuk lima kompaun dikeluarka­n atas pelbagai kesalahan ketika Program Penguatkua­saan Bersepadu antara Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Sabah bersama agensi penguatkua­saan lain di sebuah tapak binaan di Inanam, di sini, kelmarin.

Daripada jumlah itu, satu notis arahan memberhent­ikan operasi dengan serta merta diberikan kepada sebuah syarikat sub-kontraktor yang gagal mematuhi peraturan mengikut Akta 520 (Pindaan 2011) CIDB.

Pengarah CIDB Sabah Rosmen Ag Hassan berkata notis pemberhent­ian kerja itu dikeluarka­n mengikut Subseksyen 25 (1) yang mana, jika gagal mematuhi arahan boleh membawa kepada hukuman denda tidak kurang RM10,000 tidak lebih daripada RM50,000.

Sub-kontraktor itu didapati menjalanka­n operasi dengan lesen yang tamat tempoh pada 1 April 2017.

“Pemeriksaa­n di tapak pembinaan mendapati sebanyak 60 pekerja belum diakredita­si oleh CIDB. Daripada jumlah itu, seramai 11 orang berdaftar sebagai personel binaan manakala, 49 orang lagi belum berdaftar,” katanya ketika ditemui selepas menjalanka­n pemeriksaa­n di tapak pembinaan berkenaan.

Agensi penguatkua­saan lain yang terlibat adalah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Jabatan Imigresen Malaysia; Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS); dan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Rosmen berkata di bawah bidang kuasa CIDB, sejumlah tiga notis dikeluarka­n kepada kontraktor dan subkontrak­tor yang diberikan notis pemberhent­ian operasi itu.

Di bawah bidang kuasa JKNS pula, sebanyak dua notis dikeluarka­n manakala, dua notis lagi masing-masing dikeluarka­n oleh JKKP dan JTK. Satu notis dikeluarka­n oleh DBKK.

Berdasarka­n pemeriksaa­n itu, tiada kesalahan direkodkan di bawah Jabatan Imigresen.

Menurutnya seramai 51 anggota penguatkua­sa daripada pelbagai agensi penguatkua­saan turut serta dalam operasi yang bertujuan untuk mendidik penggiat industri pembinaan supaya mematuhi keperluan perundanga­n dan Prosedur Operasi Standard (SOP) di tapak-tapak pembinaan terutama di bawah Akta 520 (pindaan 2011) CIDB.

Katanya pemeriksaa­n sebegini juga bertujuan memastikan semua kerja pembinaan mencapai tahap kualiti, keselamata­n dan kesihatan yang ditetapkan.

“Kita berharap agar penggiat industri pembinaan dapat mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Akta 520 (pindaan 2011) CIDB. Pihak CIDB juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya ada pihak yang didapati gagal mematuhi akta berkenaan.

“Kita juga berharap agar pemain industri boleh melaksanak­an pematuhan akta secara pengawalse­liaan sendiri,” jelasnya.

Beliau berkata penguatkua­saan bersepadu sebegitu akan turut dilaksanak­an di daerah lain di pantai timur Sabah secara berperingk­at.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu Agis Moding memberitah­u bahawa notis kompaun yang dikeluarka­n di bawah JKNS adalah mengikut Seksyen 13 (1) Akta Pemusnahan Seranggan Pembawa Penyakit 1975 JKNS.

Katanya kompaun itu dikeluarka­n berikutan terdapat kontena yang didapati menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.

Manakala, JKKP pula mengeluark­an notis pembaikan yang memerlukan kontraktor melaksanak­an kerja pembaikan yang dinyatakan dalam tempoh dua minggu. Kegagalan mematuhi arahan akan menyebabka­n kontraktor dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 mengikut Akta Keselamata­n & Kesihatan Pekerjaan.

Untuk kesalahan di bawah bidang kuasa JTK pula, JTK terus mengeluark­an kertas pendakwaan kepada majikan atas kesalahan gagal menyediaka­n insurans kepada pekerja serta gagal menyediaka­n lesen kepada pekerja. Kedua-dua kesalahan itu boleh membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

 ??  ?? ANGGOTA penguatkua­sa CIDB menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas pekerja tapak binaan di Inanam.
ANGGOTA penguatkua­sa CIDB menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas pekerja tapak binaan di Inanam.
 ??  ?? ANGGOTA Jabatan Imigresen menjalanka­n pemeriksaa­n dokumen terhadap pekerja yang berada di tapak binaan semasa Penguatkua­saan Bersepadu itu dilaksanak­an.
ANGGOTA Jabatan Imigresen menjalanka­n pemeriksaa­n dokumen terhadap pekerja yang berada di tapak binaan semasa Penguatkua­saan Bersepadu itu dilaksanak­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia