Utusan Borneo (Sabah)

Semua PIBG Penampang terima dana

Antara RM3,000 dan RM5000, untuk laksana aktiviti masing-masing

-

“Kita sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan PIBG dalam membantu sekolah khususnya kemajuan akademik pelajar. Dengan itu, mereka berhak untuk mendapatka­n sokongan

PENAMPANG: Semua Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) di Daerah Penampang akan menerima dana daripada kerajaan untuk melaksanak­an program dan aktiviti masing-masing.

Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose Dumpanggol berkata PIBG daripada 27 sekolah rendah dan enam sekolah menengah masingmasi­ng akan menerima RM3,000 dan RM5,000.

“Kita sedar betapa pentingnya peranan yang dimainkan PIBG dalam membantu sekolah khususnya kemajuan akademik pelajar. Dengan itu, mereka berhak untuk mendapatka­n

DATUK JOHN AMBROSE DUMPANGGOL Ketua Umno Bahagian Penampang

sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga dan Perayaan Pesta Kaamatan SK Moyog, di sini, kelmarin.

Beliau berkata dana RM3,000 untuk setiap PIBG sekolah rendah dan RM5,000 untuk setiap PIBG sekolah menengah akan diberikan dalam tempoh terdekat.

Di majlis itu, John mengumumka­n sumbangan peribadi berupa kerusi serta atap zik dan keperluan infrastruk­tur lain yang diperlukan PIBG untuk sekolah luar bandar di daerah ini yang mana majoriti pelajarnya adalah KDM.

“Saya bukan wakil rakyat di daerah ini tetapi sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN), saya mengambil tanggungja­wab ini untuk membantu setakat yang saya mampu,” katanya.

Selain sekolah, beliau juga telah membantu gereja dan badan JKKK mencari dana bagi keperluan asas untuk kedua-dua badan itu.

“Antaranya, pengagihan atap zink melalui tabung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu golongan kurang berkemampu­an dan miskin,” katanya.

Beliau menasihati PIBG dan sekolah di daerah ini yang memerlukan bantuan supaya menyenarai­kan keperluan berkenaan dan hantar ke pejabat Umno Bahagian Penampang.

“Saya tidak berjanji apa-apa hanya cuba untuk membawa perkara itu kepada kementeria­n yang berkaitan,” katanya.

 ??  ?? JOHN (duduk, tengah) bersama tenaga pengajar dan murid-murid SK Moyog.
JOHN (duduk, tengah) bersama tenaga pengajar dan murid-murid SK Moyog.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia