Utusan Borneo (Sabah)

PBBBK ungguli Hari Belia Labuan

Bawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil

-

LABUAN: Pertubuhan Belia dan Beliawanis Kampung Bukit Kuda (PBBBK) dinobatkan pemenang kategori Pertubuhan Belia sempena sambutan Hari Belia Negeri peringkat Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.

Dengan kejayaan itu, PBBBK membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi dan sijil penghargaa­n. PBBBK turut mengharumk­an nama Wilayah Persekutua­n Labuan apabila dinobatkan sebagai naib johan kategori pertubuhan belia sempena Anugerah Perdana Belia Peringkat Kebangsaan 2017.

Naib johan disandang Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Sungai Lada (Belada) sekaligus menerima RM5,000, trofi dan sijil.

Sementara itu, Mohd Rezuan Md Nawawi dan Nurazimah Anuar masingmasi­ng memenangi Anugerah Pemimpin Belia Individu Kategori Lelaki dan Wanita yang melayakkan mereka meraih RM3,000, trofi dan sijil.

Pada majlis itu juga, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan turut menganuger­ahkan Anugerah Ikon Khas Lelaki dan Wanita kepada Akhbar Abdul Malik dan Kelly Florita Mojikon.

Turut menerima sijil penghargaa­n ialah lima mantan Presiden Majlis Belia Labuan (MBL) iaitu Datuk Abdol Mulok Haji Awang Damit (1988-1998), Haji Pungut Haji Ibrahim (19982004), Abdul Samat Haji Ismail (2004-2008), Haji Suib Nasir (2008-2010) dan Mohd Dzulfaizal Ab Manan (2010-2015).

Semua anugerah disampaika­n oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli di Kompleks Sukan Labuan, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n Belia), Kementeria­n Belia dan Sukan Dr Mohd Ghani Md Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad, Pengerusi Majlis PenasihatP­erbadananL­abuan Datuk Haji Bashir Alias, Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan Mohd Hazan Dahari serta Presiden Majlis Belia Labuan Basran Yunus.

Sementara itu, Azhar berkata Hari Belia Negara peringkat Labuan 2017 berkonsepk­an karnival selama dua hari pada 20-21 Mei lalu yang menampilka­n 13 segmen dengan 50 aktiviti hasil kerjasama dan komitmen agensi kerajaan dan pertubuhan belia.

“Mohd Rezuan Md Nawawi dan Nurazimah Anuar masing-masing memenangi Anugerah Pemimpin Belia Individu Kategori Lelaki dan Wanita yang melayakkan mereka meraih RM3,000, trofi dan sijil.

 ??  ?? ROZMAN (empat kiri) bersama pemenang utama kategori individu dan pertubuhan belia.
ROZMAN (empat kiri) bersama pemenang utama kategori individu dan pertubuhan belia.
 ??  ?? EXCO Majlis Belia Labuan melafazkan Ikrar Belia sempena Hari Belia Labuan 2017.
EXCO Majlis Belia Labuan melafazkan Ikrar Belia sempena Hari Belia Labuan 2017.
 ??  ?? PERTUBUHAN Belia dan Beliawanis Kampung Bukit Kuda johan kategori Pertubuhan Belia.
PERTUBUHAN Belia dan Beliawanis Kampung Bukit Kuda johan kategori Pertubuhan Belia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia