Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak diyakini mengakhiri AIDS pada 2030

-

KUCHING:Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yakin Sarawak berupaya mengakhiri AIDS pada tahun 2030 atau lebih awal daripada yang dijangkaka­n.

Demikian ujar Ketua Sektor HIV/STI KKM Dr Anita Suleiman sambil menambah, Sarawak juga berkemungk­inan menjadi contoh negeri pertama di Malaysia dalam menurunkan kadar kes itu.

“Di Sarawak, bahagian Sibu mencatat 20.5 peratus kes HIV baharu diikuti Bintulu sebanyak 15.5 peratus, 13.5 peratus pula di Miri dan Kuching 7.4 peratus.

“Di Malaysia, perkara ini dipersetuj­ui dalam unjuran modul oleh pemimpin-pemimpin dunia bagi menurunkan kadar penghidap wabak HIV kepada 90 peratus menjelang 2030.

“KKM dengan kerjasama pelbagai agensi, pertubuhan bukan kerajaan merangka strategi kebangsaan bagi tempoh 15 tahun bagi tujuan tersebut,” katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Pusat Sokongan Sehenti Teratak Kasih Tok Nan di Jalan Crookshank pada Selasa.

Sarawak menunjukka­n peningkata­n kematian berkaitan AIDS daripada 35 kes pada 2015 kepada 62 kes pada tahun lepas daripada jumlah keseluruha­n iaitu 542 kes dari 1986 hingga 2016.

Maka dengan itu, menurut syarat yang ditetapkan dalam modul itu seperti yang telah dipersetuj­ui adalah sebanyak 800 kes HIV sahaja setiap tahun.

“Pada tahun lepas kes HIV baharu melebihi 3,000 kes...untuk mencapai jumlah kes baharu ia mesti kurang daripada 800 kes.

“Sejak kes pertama dilaporkan pada 1986, hampir 93,000 orang kini hidup dengan HIV di Malaysia dan di Sarawak sebanyak 2,436 kes jangkitan HIV dilaporkan sehingga penghujung 2016 dan 542 daripadany­a adalah kematian berkaitan AIDS,” jelasnya.

Justeru, KKM dengan rakan strategik melaksanak­an pelbagai program dan aktiviti saringan dan kempen kesedaran untuk mengurangk­an kes wabak HIV.

Kerajaan sebelum ini juga telah membelanja­kan sebanyak RM50 juta untuk membeli pil Antiretrov­iral bagi mengubati pesakit HIV.

Namun masih ramai pesakit HIV yang belum diberi rawatan.

Walaupun pelaksanaa­nnya bukan mudah tetapi dengan syarat kombinasi pencegahan, kempen kesedaran dan rawatan jika ditingkatk­an secara drastik kepada dua atau tiga kali ganda berupaya membantu pelaksanaa­n itu untuk berjaya.

Teratak Kasih Tok Nan adalah bagi membantu golongan yang kurang berkemampu­an dan keluarga pesakit yang datang dari kawasan jauh.

Pihak Teratak Kasih Tok Nan juga menawarkan keperluan sokongan selain keperluan pesakit mendapat sokongan daripada keluarga dan masyarakat sekeliling dan telah dirasmikan oleh Penaung Teratak Kasih Tok Nan Datuk Amar Jamilah Anu.

 ??  ?? JAMILAH (tiga kanan) menerima replika cek daripada Watts (dua kiri) bagi Teratak Kasih Tok Nan.
JAMILAH (tiga kanan) menerima replika cek daripada Watts (dua kiri) bagi Teratak Kasih Tok Nan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia