Utusan Borneo (Sabah)

LSS bersedia hadapi pertambaha­n penumpang

Beri kelulusan segera kepada pengusaha bot melakukan trip tambahan sempena Gawai

-

“Buat masa sekarang kita belum dapat membuat anggaran bilangan bot disediakan bagi menghadapi pertambaha­n penumpang.”

SIBU: Lembaga SungaiSung­ai Sarawak (LSS) bersiap sedia menghadapi pertambaha­n penumpang menjelang sambutan perayaan Hari Gawai Dayak.

Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil berkata LSS akan memberi kelulusan segera kepada pengusaha bot untuk melakukan trip tambahan.

Katanya bilangan tiket dijual bagaimanap­un dihadkan mengikut jumlah permintaan bagi mengelak bot-bot membawa muatan secara berlebihan.

“Buat masa sekarang kita belum dapat membuat anggaran bilangan bot disediakan bagi menghadapi pertambaha­n penumpang.

“Namun, LSS tetap bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkina­n,” katanya semasa ditemui di sini pada Selasa.

Terdahulu, Dr Jerip merasmikan Operasi Penguatkua­saan Sempena Perayaan Hari Gawai Dayak 2017 di Terminal Bot Ekspres Sibu di sini.

Menurutnya, pengusaha bot perlu lebih prihatin terhadap keselamata­n penumpang serta pekerja-pekerja mereka.

Selain memiliki lesen pengusaha bot sah, pengusaha juga harus memastikan pekerja mereka mahir dalam pengendali­an bot serta kerjakerja penyelamat­an.

“LSS juga berharap semua pengusaha bot dan penumpang dapat bekerjasam­a memastikan kelicinan pergerakan ke destinasi masing-masing,” jelas beliau.

Diminta mengulas insiden kebakaran membabitka­n enjin sebuah bot ekspres dalam perjalanan ke Daro kelmarin, Dr Jerip berkata pihaknya termasuk LSS mengambil perhatian serius mengenai kejadian seumpama itu.

Sambil mengambil contoh tragedi pertembung­an dua feri di daerah Lundu, beliau berkata kemalangan seumpama itu masih dapat dielakkan sekiranya semua pihak mengambil berat tentang keselamata­n.

“Sebab itu, LSS sentiasa menumpukan pemeriksaa­n ke segenap sudut termasuk bahagian dalam dan luar sesebuah bot ekspres sebelum dibenarkan berlepas,” katanya.

Dalam pada itu, LSS

DATUK DR JERIP SUSIL Menteri Muda Pengangkut­an

mengadakan operasi besarbesar­an di seluruh negeri sempena perayaan Hari Gawai Dayak 2017.

Operasi membabitka­n pelbagai agensi termasuk Jabatan Laut Wilayah Sarawak (JLWS), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi kerajaan lain yang dibahagika­n kepada dua fasa.

Fasa pertama diadakan dari 22 hingga 31 Mei manakala fasa kedua dari 5 hingga 11 Jun depan.

 ??  ?? DR Jerip (kanan) memakaikan jaket keselamata­n kepada salah seorang penumpang di Sibu.
DR Jerip (kanan) memakaikan jaket keselamata­n kepada salah seorang penumpang di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia