Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara dan sebat, pecah masuk rumah dan guna dadah

Pecah masuk rumah dan guna dadah

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki dikenakan penjara 26 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan memecah masuk ke dalam sebuah rumah dan mencuri.

Ag Azman Ag Damit, 43, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku bersalah.

Tertuduh bersama dengan seorang lagi yang masih bebas, mencuri sebuah kereta, komputer riba, televisyen dan wang syiling sebanyak RM200 yang mana jumlah kerugian sebanyak RM32,000.

Kesalahan itu dilakukan pada 5 Mac tahun ini jam 8 malam hingga jam 11 malam, di sebuah taman perumahan, Penampang.

Atas kesalahan itu, Ag Azman disabitkan mengikut Seksyen457­KanunKesek­saan yang boleh dikenakan penjara maksimum 14 tahun atau sebat, atau dengan denda.

Dalam kes berasingan, tertuduh sekali lagi dikenakan penjara selama tempoh 60 bulan dan dikenakan dua sebatan atas kesalahan menggunaka­n dadah.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dipenjara antara lima tahun hingga tujuh tahun dan dengan sebatan.

Pegawai Pendakwa Insp Mohd Rasydan Jasni memberitah­u mahkamah, tertuduh mempunyai dua rekod lampau atas kesalahan sama.

Mahkamahme­merintahka­n tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalnai keduadua hukuman itu secara berasingan.

Sementara itu, dua lelaki dikenakan penjara 14 hari, atas kesalahan menceroboh di sebuah kompleks membelibel­ah.

Suairin Majawor dan Mohd Alin Sedingki dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tertuduh menceroboh masuk ke dalam Kompleks Star City, di sini, pada 19 Mei tahun ini jam 4.30 pagi.

Mengikut siasatan semasa pengadu bertugas, beliau melihat melalui video litar tertutup terdapat dua lelaki menceroboh masuk bangunan berkenaan.

Semasa rayuan, Mohd Alin memohon hukuman yang ringan dan menyatakan hanya menumpang tidur di bawah tangga berkenaan.

“Saya hanya mengikuti rakan (Suairin) tidur di sana, kerana pada hari itu saya kerja lebih masa dan apabila balik, bas sudah tiada.

“Mula-mula kami tidur di Asia City tetapi dihalau, rakan yang merupakan bekas pengawal keselamata­n Star City mengajak tidur di sana,” katanya.

Mahkamahme­merintahka­n kedua-dua tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap.

“Tertuduh

bersama dengan seorang lagi yang masih bebas, mencuri sebuah kereta, komputer riba, televisyen dan wang syiling sebanyak RM200 yang mana jumlah kerugian sebanyak RM32,000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia