Utusan Borneo (Sabah)

IATC peroleh pendapatan RM80,333.20

Melalui Program Keusahawan­an Pertanian Bersepadu Sesi 2017-2018

-

Di pusat ini, jabatan telah memperkena­lkan Konsep Projek lnkubator yang mana para pelaksana melaksanak­an projek dalam suasana perniagaan pertanian, mempraktik­kan ilmu pertanian secara ‘hands-on’ sehingga mengeluark­an hasil yang dipasarkan di seluruh Sabah. IDRUS SHAFIE Pengarah Jabatan Pertanian Sabah

KOTA KINABALU: Pusat Latihan Pertanian Bersepadu (IATC) Putatan memperoleh pendapatan kumulatif sebanyak RM80,333.20 melalui Program Keusahawan­an Pertanian Bersepadu Sesi 2017-2018.

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Idrus Shafie berkata jumlah itu diperoleh melalui Konsep Projek Inkubator yang telah diperkenal­kan oleh pusat berkenaan.

“Di pusat ini, jabatan telah memperkena­lkan Konsep Projek lnkubator yang mana para pelaksana melaksanak­an projek dalam suasana perniagaan pertanian, mempraktik­kan ilmu pertanian secara ‘hands-on’ sehingga mengeluark­an hasil yang dipasarkan di seluruh Sabah.

“Secara berkumpula­n para pelatih kumpulan ke-21 ini berjaya memperoleh pendapatan kumulatif sebanyak RM80,333.20 dan ia adalah pencapaian terbaik yang pernah dicapai setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Sijil Program Keusahawan­an Pertanian Bersepadu Sesi 2016/2017 IATC Putatan dan Majlis Pengiktira­fan Pengusaha Pertanian Cemerlang 2017, di sini, kelmarin.

Menurutnya pendapatan berkenaan akan diagihkan kepada pelatih untuk digunakan bagi memulakan perniagaan.

“Oleh itu, para pelatih berpeluang membawa pendapatan ini sebagai modal untuk memulakan perniagaan masing-masing kelak.

“Program Latihan Sangkut Mantapan Akademik (Plasma) seperti yang dilaksanak­an di Institut Pertanian Sabah (IPS) akan diperluask­an di IATC.

“Program ini bertujuan memperkasa­kan para pensyarah dan kakitangan teknikal secara latihan sangkut dan hands-on di agensi atau sektor swasta yang berkaitan perniagaan dan keusahawan­an pertanian,” tambahnya.

Dalam pada itu, seramai 45 pelatih menerima sijil tamat kursus pada majlis berkenaan yang menjadikan seramai 710 belia berjaya dilatih sejak penubuhan pusat itu.

Idrus berkata kesemua pelatih telah dibimbing selama 12 bulan dalam bidang keusahawan pertanian bersepadu merangkumi pertanian, perikanan, penternaka­n dan pemprosesa­n makanan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata pelatih harus bijak dalam merebut segala peluang dan sumber yang tersedia serta berusaha dengan agresif dalam menjana pendapatan sendiri bagi menzahirka­n hasrat kerajaan.

“Anda adalah sebahagian daripada generasi belia ketika ini yang akan menjadi tonggak sandaran kerajaan dalam merewalisa­sikan transforma­si Nasional 2050 (TN50) iaitu ke arah membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda cemerlang yang setanding,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

Menurutnya pengenalan Modul Projek Inkubator yang telah diperkenal­kan itu amat dialu-alukan oleh kerajaan kerana ia memberikan peluang kepada para belia keluaran IATC mengharung­i perngalama­n seperti membuat kerja sendiri, menerapkan konsep teori dan praktikal, serta menikmati keuntungan.

“Para pelatih akan berpeluang mencuba, merasai kesulitan, memperbaik­i kesilapan, meningkatk­an kompetensi dan juga memupuk keyakinan untuk menceburi bidang keusahawan pertanian.

“Pada masa yang sama, pihak jabatan masih menanggung isu risiko sekiranya berlaku kegagalan.

“Justeru, saya percaya dengan penambahba­ikan yang berterusan dan penerapan lebih banyak aktiviti keusahawan­an dalam modul dan silibus program Sijil Keusahawan Pertanian Bersepadu, ia akan menjadikan program ini lebih berkesan serta relevan dalam usaha membangunk­an usahawan pertanian yang cemerlang di Sabah,” katanya.

 ??  ?? YAHYA (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih selepas selesai majlis itu.
YAHYA (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama pelatih selepas selesai majlis itu.
 ??  ?? YAHYA (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada pelatih pada majlis berkenaan.
YAHYA (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada pelatih pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia