Utusan Borneo (Sabah)

Program Sukaneka IPD Kudat sukses

Komuniti Kepolisan dan Sukaneka IPD Kudat sukses

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Lebih 300 penduduk Pulau Bangi di sini telah menghadiri Komuniti Kepolisan dan Sukaneka Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat yang diadakan di perkaranga­n Balai Polis Karakit, di sini baru-baru ini.

Antara yang hadir pada program itu ialah Ketua Polis Daerah Superinten­den Douglas Nyeging Taong, pegawai-pegawai kanan dan anggota polis, ahliahli Perkep IPD dan Balai Polis Karakit, anggota ATM dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Douglas berkata antara objektif program itu adalah meningkatk­an kerjasama serta silaturahi­m antara PDRM bersama masyarakat di pulau itu.

Selain itu katanya bagi menyakinka­n masyarakat Pulau Banggi bahawa polis senantiasa mengutamak­an keselamata­n dan keamanan di kawasan berkenaan.

Beliau menyeru kepada masyarakat agar sentiasa memberikan kerjasama kepada pegawai-pegawai dan anggota polis yang bertugas di pulau itu serta menjadikan PDRM sebagai rakan.

“Saya juga meminta agar masyarakat di pulau ini menjadi mata dan telinga kepada PDRM dengan menyalurka­n maklumat kepada PDRM berhubung kes-kes jenayah yang berlaku di pulau ini,” katanya.

Dalam pada itu, Douglas memberitah­u bahawa program itu adalah julung kali diadakan di Pulau Bangi dan sambutan dari masyarakat sangat menggalakk­an.

“Masyarakat di pulau ini turut mengucapka­n terima kasih kepada PDRM yang mengadakan komuniti kepolisan dan sukaneka,” katanya.

Katanya, program yang diadakan berjalan dengan baik, lancar dan sangat berjaya.

Pelbagai acara sukaneka untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa telah diadakan antaranya tiup belon, tarik tali, kupas buah kelapa menggunaka­n gigi, membuat ketupat dan lain-lain lagi.

 ??  ?? DOUGLAS bersama para pegawai dan anggotanya bergambar bersama-sama dengan masyarakat Pulau Bangi selepas program itu.
DOUGLAS bersama para pegawai dan anggotanya bergambar bersama-sama dengan masyarakat Pulau Bangi selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia