Utusan Borneo (Sabah)

Perisa, Pagisa alu-alukan pelantikan naib canselor UMS

-

KOTA KINABALU: Persatuan Iranun Sabah (Perisa) menyifatka­n pelantikan Profesor Dr D Kamarudin D Mudin sebagai naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) amat bertepatan dan yakin beliau mampu mengangkat universiti itu ke mercu yang lebih cemerlang di peringkat global dan antarabang­sa.

Setiausaha Agung Perisa Hassan Aris berkata pelantikan Kamarudin yang juga anak jati Kota Belud pertama dilantik menerajui universiti awam di negara ini diharap memberi sumbangan yang signifikan dalam memartabat­kan UMS dan meningkatk­an kualiti pendidikan di negara ini.

Pelantikan beliau itu memberikan makna yang cukup besar kepada warga Kota Belud dan menjadi satu cabaran bagi mereka untuk terus meningkatk­an kecemerlan­gan dalam pendidikan.

Sehubungan itu, Perisa di bawah pimpinan Datuk Almudin Kaida menyeru agar masyarakat khususnya generasi baru mengambil peluang bersaing dan menunjukka­n keupayaan mereka untuk memasuki univsrsiti.

Kamarudin adalah naib canselor UMS yang kelima menggantik­an Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah. Sebelum ini, beliau adalah timbalan naib canselor (Akademik dan Antarabang­sa) UMS. Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Anesthdesi­olgy dan terkenal sebagai pakar bius Sabah yang pertama.

Sebelum itu, beliau pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Beliau menyertai UMS pada tahun 2004 setelah berkhidmat selama 12 tahun di Hospital Queen Elizabeth sebagai pakar bius.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Persatuan Graduan Iranun Sabah (Pagisa) turut mengalualu­kan pelantikan Kamarudin naib canselor UMS yang baru berkuatkua­sa 18 Jun.

Presiden Pagisa Razak Haji Rakunman yakin kepimpinan Kamar u di n mampu menaikkan citra UMS di persada dunia pendidikan tanahair.

Bagaimanap­un, beliau menggesa agar jumlah anak Sabah yang memegang jawatan dekan, timbalan ketua dekan dan pengarah di UMS dan sebagainya diperbanya­kkan lagi.

Katanya anak-anak Sabah yang layak perlu diberi peluang mengurus UMS dan diberi jawatan seperti naib canselor, timbalan naib canselor, dekan, timbalan dekan dan sebagainya.

Menurutnya naib canselor yang baru itu mempunyai tanggungja­wab yang besar untuk melonjakka­n lagi nama UMS di peringkat global.

Razak juga mengucapka­n penghargaa­n kepada Kerajaan Negeri khususnya di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kerana memainkan peranan dan mengambil bahagian bagi memastikan UMS terus diterajui oleh anak Sabah sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia