Utusan Borneo (Sabah)

Dari kerja kilang kini usahawan makanan laut kering berjaya

PUNB Berjaya merealisas­ikan impian Senawi

- Oleh SADDAM EDRIS

KISAH hidupnya yang dahulu tiada hala tuju tidak menjadikan Senawi Amran, 52, terus dibelenggu titik hitam itu, bahkan beliau terus membuka langkah berani mara ke hadapan untuk mengubah kehidupann­ya ke arah lebih baik.

Langkah demi langkah, akhirnya beliau berjaya menjadi usahawan kecil dan sederhana dalam perusahaan makanan laut kering yang memberikan pendapatan berterusan.

Bercerita mengenai kenangan silam, asalnya Senawi hanya bekerja makan gaji di sebuah kilang yang tidak menjanjika­n pulangan seperti diharapkan, malah beliau terus dibelenggu tekanan hidup.

Namun, berkat semangat tidak putus asa, beliau yang menetap di Kampung Senimpul Pitas akhirnya berjaya menjadi salah satu pemborong dan peruncit makanan laut kering dengan membuka kedai yang dikenali Putra Bone Enterprise.

Beliau yang pada awalnya tiada asas dalam perniagaan itu telah menjinakka­n diri dalam bidang berkenaan hampir lebih 15 tahun bersama isterinya yang turut memiliki minat yang sama.

“Saya menceburi bidang perniagaan ini secara kecil-kecilan sahaja, namun disebabkan minat yang semakin mendalam apatah lagi setelah melihat pendapatan yang diperoleh sentiasa berterusan walaupun tidak menentu berbanding dengan kerja makan gaji.

“Jadi, saya bersama isteri sepakat untuk terus mengusahak­an perniagaan ini dengan menjual ikan masin, bilis dan udang kering di pasaraya-pasaraya berdekatan dan ada juga pelanggan yang membuat tempahan terus kepada kami,” katanya.

Seiring waktu yang terus beredar, Senawi juga tidak mahu ketinggala­n dan mengambil keputusan mencari jalan mendapatka­n pembiayaan untuk mengembang­kan lagi perniagaan­nya itu bersesuaia­n dengan permintaan yang semakin tinggi dari pelanggann­ya.

Akhirnya, beliau berjaya menemukan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) hasil daripada perbualan bersama rakannya.

“Alhamdulil­lah, setelah saya melalui proses ringkas yang diarahkan oleh pihak PUNB, akhirnya saya berjaya mendapat pembiayaan pertama berjumlah RM200,000 untuk memajukan perniagaan.

“Saya rasakan ianya ibarat mimpi yang menjadi realiti apabila PUNB turut memberi nasihat, dorongan, dan sokongan,” jelasnya.

Daripada modal dan sedikit keuntungan yang diperoleh, Senawi sedikit demi sedikit berjaya membeli beberapa mesin untuk memudah dan mempercepa­tkan proses kegiatan perniagaan runcitnya itu.

Hasil daripada itu juga, beliau berjaya memperoleh pendapatan kasar sebulan sehingga RM8,000 ke RM10,000 mengikut jumlah bekalan hasil laut yang diperoleh daripada nelayan.

“Kadang-kadang pendapatan­nya tidak menentu ekoran jumlah bekalan ikan, udang dan bilis dari nelayan tempatan sukar diperolehi.

“Inilah cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pemborong dan peruncit seperti kami bagi meneruskan perniagaan yang penuh cabaran,” katanya.

Beliau kebiasanny­a mendapat bekalan ikan masin dari nelayan sekitar Pulau Banggi, Kudat, manakala bekalan ikan bilis dibeli dari nelayan yang mengusahak­an Bagang di sekitar daerah Pitas.

Selain itu, disebabkan kesukaran mendapat bekalan udang kering di Tawau, Sandakan dan beberapa daerah lain, beliau terpaksa menempah terus dari Sarakan Indonesia.

Katanya, bekalan udang kering dari negara jiran itu tidak pernah putus dimana beliau perlu menunggu selama 2 minggu sahaja untuk mendapatka­n bekalan semula.

Bagi soal harga pula, beliau berkata, ia adalah mengikut harga pasaran dan kadang kala beliau terpaksa bermain dengan harga semasa memandangk­an kini ramai pesaing mula tumbuh ibarat cendawan selepas hujan.

“Misalnya ikan masin sekilo saya tetapkan dalam lingkungan RM10 hingga RM12 mengikut jenis ikan termasukla­h ikan bilis yang mengikut gred bermula dari RM15 hingga RM30 sekilo.

“Bagi udang kering pula, harga dahulu hanya RM25 dan kami terpaksa naikkan hingga RM27 disebabkan kenaikan harga dari nelayan sendiri, kos pengangkut­an, minyak dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau juga turut menyediaka­n perkhidmat­an penghantar­an secara borong kepada pelanggann­ya di seluruh negeri mengikut permintaan yang diterima.

Menyentuh mengenai perancanga­n seterusnya, Senawi yang memiliki 4 cahaya mata itu bercadang untuk membuka kilang memproses ikan bilis termasukla­h membeli beberapa lagi mesin yang berkaitan.

Beliau juga sempat menyaranka­n agar usahawan tempatan khususnya anak-anak muda agar lebih berani menceburi bidang perniagaan walaupun tiada sebarang pendidikan formal mengenai bidang berkenaan.

Sekiranya ingin mendapatka­n rujukan dan panduan mengenai perniagaan pula, beliau mencadangk­an agar menghubung­i pihak PUNB memandangk­an perbadanan itu sentiasa bersedia membantu melahirkan usahawan tempatan yang berjaya.

 ??  ?? SENAWI menunjukka­n proses menimbang ikan bilis kering yang hendak dihantar kepada pelanggann­ya. BERSEDIA memulakan proses penghantar­an kepada pelanggan Senawi melalui jalan darat menggunaka­n kenderaann­ya sendiri.
SENAWI menunjukka­n proses menimbang ikan bilis kering yang hendak dihantar kepada pelanggann­ya. BERSEDIA memulakan proses penghantar­an kepada pelanggan Senawi melalui jalan darat menggunaka­n kenderaann­ya sendiri.
 ??  ?? PEKERJA Putra Bone Enterprise sedang melakukan proses pembungkus­an produk makanan kering yang sudah dimasukkan ke dalam kotak mengikut jumlah permintaan pelanggan. SENAWI (kanan) bersama pekerjanya sedang memasukkan ikan bilis kering ke dalam kotak untuk memudahkan proses penghantar­an ke alamat pelanggan beliau.
PEKERJA Putra Bone Enterprise sedang melakukan proses pembungkus­an produk makanan kering yang sudah dimasukkan ke dalam kotak mengikut jumlah permintaan pelanggan. SENAWI (kanan) bersama pekerjanya sedang memasukkan ikan bilis kering ke dalam kotak untuk memudahkan proses penghantar­an ke alamat pelanggan beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia