Utusan Borneo (Sabah)

Pengorbana­n pasukan keselamata­n sentiasa dihargai

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA BELUD: Pengorbana­n oleh pasukan keselamata­n negara akan sentiasa dihargai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata pasukan keselamata­n telah melakukan kerja yang sangat baik dalam usaha memastikan keselamata­n dan kedaulatan negara terjamin.

“Walaupun Malaysia dikeliling­i negara jiran yang berhadapan konflik perkauman, agama dan sebagainya sehingga menyebabka­n ratusan ribu kematian, namun Malaysia masih kekal aman.

“Keadaan aman damai ini tidak datang bergolek, ia adalah usaha terbaik kerajaan mentadbir secara konsisten bagi memastikan keselamata­n rakyat dan negara terjamin,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sungkai Rakyat Bersama Agensi Anggota Keselamata­n Kota Belud, petang Sabtu lalu.

Beliau berkata program seumpamany­a belum pernah diadakan di Kota Belud maka, pejabat Parlimen bersama pemimpin lain membuat keputusan untuk mengadakan program itu.

“Kita dapat lihat wakil tentera, polis, bomba serta pasukan keselamata­n yang lain bersama-sama berbuka puasa dengan rakyat.

“Ini adalah satu penghargaa­n yang diberikan kepada para pasukan keselamata­n di sini memandangk­an komitmen yang diberikan mereka membolehka­n kita hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut menjelaska­n bahawa program itu akan dijadikan acara tahunan di daerah ini.

 ??  ?? RAHMAN ketika meninjau suasana Bazar Ramadan Kota Belud.
RAHMAN ketika meninjau suasana Bazar Ramadan Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia