Utusan Borneo (Sabah)

Zakat fitrah ringan beban golongan kurang berkemampu­an

-

PENGAGIHAN sumbangan zakat fitrah berjumlah RM24,000 sempena majlis berbuka puasa kepada 120 orang yang masing-masing menerima RM200 seorang dalam kawasan DUN Tempasuk secara tidak langsung meringanka­n beban bagi mereka yang kurang berkemampu­an.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata majlis seumpama itu juga akan memberi kesedaran dan keinsafan agar mengingati mereka yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampu­an.

Katanya dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam dapat menyempurn­akan ibadah dengan lebih baik di samping tidak melupakan mereka yang memerlukan.

“Amalan bersedekah adalah dituntut oleh agama Islam untuk mengingatk­an kita agar sentiasa ke atas rezeki yang dianugerah­kan oleh Allah.

“Semoga segala amal ibadah dan jariah yang telah kita lakukan di bulan Ramadan yang mulia ini akan akan mendapat rakhmat daripada Allah,” katanya.

Musbah yang juga Adun Tempasuk berkata demikian selepas Solat Maghrib di Masjid Kampung Rampayan Ulu, baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menyampaik­an zakat fitrah itu kepada 70 penerima di Surau Dudar dan kemudian 50 orang di Masjid Rampayan Ulu.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan RM2,000 masing-masing kepada Persatuan Bekas Murid SK Rampayan Ulu(Pembaru) dan SK Rampayan serta beberapa helai sejadah kepada Masjid Rampayan Ulu.

Turut hadir, bekas murid SK Rampayan Ulu yang juga Pengerusi Pembaru Ir Awang Saleh Haji Makmud, Guru Besar SK Rampayan Ulu Alam Atoh dan masyarakat kampung berkenaan.

Minggu lalu, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu telah melakukan kewajiban berbuka puasanya di setiap mukim Tempasuk yang bermula dari umat Islam di Masjid Kampung Bambangan dan juga menyampaik­an zakat fitrah kepada 51 orang bagi mukim Rosok dan beberapa sejadah di masjid berkenaan.

Hadir sama ialah Imam Rawatib Masjid Rosok Halumy Dumin dan Ketua Zakat Fitrah Mukim Rosok Ustad Amir Abdullah Amil

Musbah turut menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan sebelum ke Masjid KawangKawa­ng untuk menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih yang diimamkan oleh Imam Kariah Haji Siban Antau.

 ??  ?? MUSBAH (tengah) merakam gambar bersama umat Islam di Surau Dudar.
MUSBAH (tengah) merakam gambar bersama umat Islam di Surau Dudar.
 ??  ?? MUSBAH (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi Pembaru Kampung Rampayan Ulu Awang Salleh.
MUSBAH (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Pengerusi Pembaru Kampung Rampayan Ulu Awang Salleh.
 ??  ?? MUSBAH (dua kanan) menyampaik­an zakat fitrah kepada fakir miskin.
MUSBAH (dua kanan) menyampaik­an zakat fitrah kepada fakir miskin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia