Utusan Borneo (Sabah)

K'jaan tanggung subsidi haji RM230 juta tahun ini

-

PAPAR: Kerajaan akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM230 juta pada tahun ini bagi memastikan bayaran haji bagi setiap jemaah Malaysia kekal RM9,980 seorang, kata Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata kos tanggungan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan membantu umat Islam di negara ini sekali gus memastikan mereka dapat melaksanak­an tuntutan Rukun Islam kelima itu.

"Kos sebenar menunaikan haji ialah RM19,550, namun, kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM9,570 seorang bagi yang pertama kali mengerjaka­n haji. Jemaah Malaysia hanya membayar RM9,980 seorang. Dan, untuk tahun ini, kerajaan akan menanggung sejumlah RM230 juta subsidi haji.

"Hanya kerajaan Malaysia sahaja yang memberi subsidi untuk rakyatnya menunaikan haji. Untuk itu, rakyat Malaysia perlu bersyukur dan berterima kasih," katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan pada Program Ziarah Kasih Ramadan bagi kawasan Parlimen Kimanis anjuran Yayasan Tabung Haji dan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO di sini, kelmarin.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang juga Anggota Parlimen Kimanis, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut dan ADUN Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Abdul Azeez berkata terdapat kira-kira 2.5 juta umat Islam di negara ini direkodkan telah mendaftar di Tabung Haji setakat ini.

Beliau berkata umat Islam yang baharu mendaftar di institusi itu pada tahun ini perlu menunggu giliran selama 102 tahun untuk ke tanah suci.

Dalam pada itu, Abdul Azeez mengingatk­an semua pendeposit Tabung Haji untuk terus kekal menabung dan jangan sama sekali mudah terpedaya dengan dakyah pembangkan­g yang mendakwa institusi itu bankrap. - Bernama

 ?? Gambar oleh KENNEDDY CORLLEUS ?? AZEEZ beramah mesra dengan salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Menteri Luar, Datuk Seri Panglima Anifah Hj Aman dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Arifin Arif sempena majlis itu di Bongawan, kelmarin. -
Gambar oleh KENNEDDY CORLLEUS AZEEZ beramah mesra dengan salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Menteri Luar, Datuk Seri Panglima Anifah Hj Aman dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Arifin Arif sempena majlis itu di Bongawan, kelmarin. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia