Utusan Borneo (Sabah)

Dua beranak ditangkap, polis rampas dadah 3,080 gram

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHADDATU:Polismenah­an dua beranak warganegar­a asing dan merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 3,080 gram dengan anggaran nilai RM225,000 menerusi Ops Sarang Bersepadu yang mengkhusus­kan kepada kawasan Kampung Puyut, di sini, Sabtu lalu.

Ketua polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata pasangan ibu dan anak lelaki masing-masing berusia 52 dan 19 tahun itu ditahan dalam sebuah rumah tidak bernombor kira-kira jam 5 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan jenayah Narkotik (JSJN) IPD LDU.

Katanya hasil serbuan dan pemeriksaa­n dalam rumah berkenaan, polis menjumpai satu beg warna hitam bertulis ‘Convers All Star’ yang diletak di bahagian belakang bilik.

“Hasil pemeriksaa­n, di dalamnya kita menemukan dua paket plastik bertulis ‘alishan jin xuan tea’ yang setiap satu berisi ketulan hablur jernih disyaki jenis syabu dengan anggaran berat 2,060 gram, dan satu plastik berwarna hitam terdapat satu paket plastik cerah berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat 1,020 gram, menjadikan jumlah keseluruha­n rampasan 3,080 gram dengan anggaran nilai RM225 ribu.

“Turut dirampas, tiga gulung pelekat warna coklat bertulis ‘Global’, satu paket plastik cerah berisi beberapa paket plastik, satu bekas warna hitam di dalamnya terdapat dua sudu plastik berwarna hijau, tiga tiub straw yang diubahsuai, satu penimbang digital bertulis ‘Camry’ beserta satu mangkuk plastik yang disembunyi­kan dalam beg itu,” katanya.

Hamzah berkata keduadua suspek bersama kesemua rampasan kemudian dibawa balik ke IPD LDU untuk siasatan dan tindakan lanjut. Pemeriksaa­n lanjut ke atas ujian air kencing turut didapati suspek lelaki terbabit juga positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari di lokap IPD LDU.

 ??  ?? HAMZAH (dua kanan) dan Asri (dua kiri) bersama dua pegawai kanan menunjukka­n hasil rampasan bahan disyaki dadah jenis syabu menerusi dua serbuan yang dilaksanak­an. (Kanan) Hasil rampasan bahan disyaki dadah jenis syabu.
HAMZAH (dua kanan) dan Asri (dua kiri) bersama dua pegawai kanan menunjukka­n hasil rampasan bahan disyaki dadah jenis syabu menerusi dua serbuan yang dilaksanak­an. (Kanan) Hasil rampasan bahan disyaki dadah jenis syabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia