Utusan Borneo (Sabah)

Ops Selamat tumpu laluan sering kemalangan

-

PUTATAN: Laluan sering berlalu kemalangan jadi tumpuan polis sempena Ops Selamat 11/2017 yang dijalankan bermula 19 Jun hingga 2 Julai depan.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n KomunitiNe­geriSenior­Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, Ops Selamat kali ini membabitka­n 30 laluan 'panas' di 20 lokasi seluruh Sabah.

Menurutnya lokasi-lokasi terbabit termasukla­h daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Penampang, Papar dan Beaufort.

Pihaknya turut menyasarka­n sifar kemalangan sebagai matlamat tinggi dalam operasi kali ini.

"Sepanjang Ops Selamat dijalankan, seramai 335 anggota polis dari pelbagai cawangan ditempatka­n di 20 lokasi yang dikenal pasti.

"Penempatan lebih ramai anggota akan memastikan keselamata­n pengguna jalan raya di negeri ini lebih terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis Pelancaran Ops Selamat 11/2017 Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Sabah di Tanjung Dumpil, di sini, kelmarin.

Ahmad Fadzillah berkata berdasarka­n statistik Ops Selamat 9/2016, sebanyak 706 kes kemalangan direkodkan melibatkan 24 kes kematian.

Jumlah berkenaan jelasnya, menunjukka­n peningkatk­an sebanyak 15 kes berbanding jumlah kes sempena Ops Selamat tahun sebelumnya.

Selain itu katanya, tahun ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memperkena­lkan aplikasi 'Volunteer Smart Phone Patrol' (VSP) sebagai saluran untuk sebarang aduan jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia