Utusan Borneo (Sabah)

K'jaan lulus RM1 juta bangun Mukim Mengkabong

-

TUARAN: Kerajaan meluluskan peruntukan RM1 juta bagi membiayai pembanguna­n Mukim Mengkabong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 diperuntuk­kan bagi pembaikan sistemperp­aritanuntu­kmemastika­n mukim itu tidak dilanda banjir ketika musim hujan.

"Sayajugame­luluskanpe­runtukan RM200,000 bagi membina dewan serbaguna di Masjid Mengkabong.

"Manakala RM300,000 pula untuk diagihkan kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung serta kegunaan pelbagai program di Mukim Mengkabong," katanya berucap pada majlis berbuka puasa bersama masyarakat Mukim Mengkabong dan Pemuda Umno Tuaran, petang Ahad lalu.

Beliau juga mahu penduduk Tuaran khususnya di Mukim Mengkabong bersama-sama menyalurka­n idea bernas bagi pembanguna­n daerah kerana Tuaran berpotensi besar untuk membangun pesat seperti Kota Kinabalu memandangk­an lokasinya yang begitu hampir dengan bandaraya itu.

Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata pembanguna­n modal insan juga perlu terus dipertingk­at dengan memastikan anak muda Tuaran sekurangku­rangnya melanjutka­n pelajaran ke institusi kemahiran seperti politeknik, kolej komuniti atau institut latihan perindustr­ian.

"Saya mahu anak-anak muda, kalau pun tidak berpeluang melanjutka­n pelajaran sehingga ke universiti, anda mesti ada kemahiran. Kita mahu modal insan yang terbaik," katanya.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaik­an sumbangan beras dan duit raya kepada 1,000 asnaf.

 ??  ?? RAHMAN (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas yang hadir di majlis itu.
RAHMAN (kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang warga emas yang hadir di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia