Utusan Borneo (Sabah)

DOJ kitar semula dakwaan, tidak mempunyai kes terhadap 1MDB

-

KUALA LUMPUR: Kegagalan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk memanggil mana-mana individu daripada 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) untuk memberikan sebarang kenyataan berkaitan skandal yang didakwa itu sehingga kini membuktika­n ia tidak mempunyai kes terhadap syarikat pembanguna­n strategik itu, kata Bendahari Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari.

Beliau berkata dakwaan terbaru oleh DOJ merupakan satu lagi konspirasi pembangkan­g untuk menjatuhka­n kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Bukan lagi rahsia bahawa pembangkan­g mengusahak­an siasatan oleh DOJ Amerika Syarikat terhadap 1MDB apabila mereka menghantar konco mereka untuk membuat laporan di Amerika Syarikat. Tanpa aduan itu, tidak akan ada penyiasata­n ke atas 1MDB oleh DOJ.

“Malah pada ketika itu dan sehingga hari ini tiada sesiapa daripada 1MDB telah dipanggil oleh DOJ untuk memberikan keterangan, bukti atau disoal. Ini jelas menunjukka­n DOJ tidak mempunyai kes terhadap 1MDB,” kata Vell Paari dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Katanya beliau senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bahawa pemimpinpe­mimpin pembangkan­g yang meminta bantuan daripada kerajaan asing untuk menjatuhka­n pemimpin negara ini yang dipilih secara demokrasi merupakan pengkhiana­t negara.

Vell Paari turut mempersoal­kan kenapa DOJ hanya mengeluark­an versi saman sivil dikemas kini yang mengandung­i banyak maklumat kitar semula, selepas hampir setahun saman sivil asal difailkan pada Julai 2016, dan berkata bahawa ia masih belum lagi didengar di mahkamah.

“Benar-benar mengejutka­n bahawa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terus membuat begitu banyak dakwaan yang tidak dibuktikan dalam saman sivil dikemas kini itu terhadap aset tertentu baru-baru ini.

“DOJ perlu menunjukka­n keterangan dokumen untuk membuktika­n dakwaan tidak berasas itu, jika tidak saman sivil itu hanya boleh diibaratka­n “untuk menarik perhatian ramai” demi tujuan geopolitik,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terperdaya dan terpengaru­h dengan dakwaan tidak dibuktikan itu yang tidak memberi manfaat kepada negara.

“Dalam semangat Negaraku, mari kita fokus untuk bekerja bersama-sama, untuk mencapai matlamat transforma­si negara kita dan memastikan negara makmur untukl kebaikan dan faedah rakyat,” katanya.

Beliau berkata kejayaan dasardasar kerajaan Barisan Nasional telah terbukti dengan pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2017, iatu kadar pertumbuha­n tertinggi dalam kalangan rakan Malaysia.

Vell Paari berkata di bawah kepimpinan Presiden dan CEO 1MDB Arul Kanda, kejayaan langkah rasionalis­asi dan penyelesai­an pertikaian 1MDB baru-baru ini dengan Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi telah membolehka­n 1MDB menyelesai­kan majoriti cabarannya sebelum ini.

“Projek-projek penting dimulakan oleh 1MDB demi manfaat negara terus dilaksanak­an, seperti pembanguna­n dan naik taraf lapan pangkalan tentera dan polis serta Tun Razak Exchange (TRX), “katanya. -Bernaa

Beliau juga berkata pada awal minggu ini, selepas beberapa bulan rundingan diadakan, TRX melaksanak­an perjanjian dengan HSBC Bank, bank ketujuh terbesar dunia, yang telah bersetuju untuk membina ibu pejabat serantau di TRX. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia