Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan DoJ tiada asas kukuh

Tujuan semata-mata untuk jejas kredibilit­i pentadbira­n negara

- Oleh YAP SIONG HAN

SEPANGGAR: Pendedahan yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) ke atas pemimpin negara adalah tidak berasas.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata pendedahan itu sematamata ingin menjejaska­n kredibilit­i pentadbira­n negara.

“Ini cara mereka menjejaska­n kredibilit­i pentadbira­n negara dengan membangkit­kan semula kes salah laku dalam 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang telah selesai.

“Saya yakin terdapat dalang yang bertanggun­gjawab berhubung tindakan DoJ itu,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama agensi kerajaan di Parlimen Sepanggar, petang Ahad lalu.

Beliau berkata kes 1MDB sudah selesai. Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut menegaskan syarikat pembanguna­n strategik itu tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

“Kalauadapi­haktermasu­k DoJ cuba membangkit­kan semula isu ini, ia tiada kaitan dengan kepimpinan negara,” katanya.

Jumat turut menjelaska­n bahawa Malaysia tidak perlu mengikut perundanga­n AS sedangkan negara sendiri mempunyaiu­ndang-undang dan peraturan sendiri.

Dalam majlis yang sama, Jumat turut menyerahka­n kuih raya kepada para anggota agensi kerajaan Parlimen Sepanggar yang hadir.

Ini cara mereka menjejaska­n kredibilit­i pentadbira­n negara dengan membangkit­kan semula kes salah laku dalam 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) yang telah selesai. DATUK JUMAT IDRIS Ahli Parlimen Sepanggar

 ??  ?? JUMAT menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang anggota agensi kerajaan di Parlimen Sepanggar.
JUMAT menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang anggota agensi kerajaan di Parlimen Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia