Utusan Borneo (Sabah)

Bersatu padu demi kestabilan: Anifah

Kesatuan prasyarat utama bagi kerajaan melaksana agenda pembanguna­n

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

MEMBAKUT: Menteri Luar Datuk Seri Panglima Anifah Aman mengajak rakyat pelbagai kaum dan kepercayaa­n supaya memperkuku­hkan kesatuan bagi menjamin kestabilan, sekali gus membolehka­n kerajaan melaksana agenda pembanguna­n secara berterusan.

Beliau menegaskan perpaduan adalah prasyarat kemajuan sesebuah negara, justeru ia harus menjadi agenda nasional semua peringkat masyarakat.

“Apa juga kepercayaa­n, suku bangsa, agama dan fahaman, yang penting kita harus bersatu padu, menyokong kerajaan yang memerintah demi wujudkan kerajaan yang stabil,” katanya berucap pada majlis penyampaia­n bantuan dan sumbangan sempena Ramadan di Dewan Pekan Membakut, di sini, kelmarin.

Lebih 400 mualaf, ibu tunggal dan golongan kurang berkemampu­an menerima sumbangan yang disampaika­n oleh Anifah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis dan Ketua Umno Bahagian Kimanis berkata kerajaan sentiasa bersikap prihatin dan membantu semua golongan rakyat secara adil dan saksama.

Katanya tidak ada kelompok yang dipinggirk­an dalam penyaluran bantuan serta sumbangan, termasukla­h di kawasan luar bandar.

“Semua rakyat diberi perhatian oleh kerajaan tanpa ada yang disisihkan,” katanya sambil menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah terbukti rekod dan komitmen membantu rakyat sepanjang masa.

Beliau berkata bantuan diberi kerajaan secara berterusan dan bukan bermusim mengikut keperluan dan keutamaan.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan permintaan golongan mualaf juga akan diberi perhatian oleh kerajaan.

Anifah berkata kerajaan BN dapat melaksana agenda pembanguna­n untuk rakyat berikutan sokongan kuat rakyat selama ini, khususnya di kawasan Kimanis.

Justeru, beliau berharap rakyat akan terus bersamasam­a kerajaan BN demi kelangsung­an agenda ke arah mensejahte­rakan rakyat secara keseluruha­n.

Apa juga kepercayaa­n, suku bangsa, agama dan fahaman, yang penting kita harus bersatu padu, menyokong kerajaan yang memerintah demi wujudkan kerajaan yang stabil. DATUK SERI PANGLIMA ANIFAH AMAN Menteri Luar

 ??  ?? ANIFAH (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Arifin.
ANIFAH (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Arifin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia