Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Penyiaran Labuan dan Kelab Volkswagen Labuan bantu ma’ahad tahfiz

-

LABUAN: Jabatan Penyiaran Labuan tidak ketinggala­n menghulurk­an sumbangan kepada sekolah-sekolah tahfiz sebagai tanggungja­wab sosial, menerusi Program RondaRonda Ramadan Labuan FM 2017.

Program itu dapat mengeratka­n silaturahi­m sesama kakitangan Labuanfm dan berkongsi meraikan nikmat Ramadan.

Program kali keempat itu singgah di Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Al-Ummi, Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding dan Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Badr.

Sumbanganb­erupabaran­gan elektrik seperti kipas, periuk nasi, penyedut hampagas dan cerek disampaika­n oleh Pengarah Penyiaran Labuan Rohani Harithuddi­n.

Program yang mendapat kerjasama daripada Kelab Volkswagen Labuan itu turut memberi sumbangan berupa wang tunai dan buah kurma yang disampaika­n oleh Presidenny­a Abdol Sapar Awang Damit bersama penasihatn­ya Kapten Rosli Fadil.

“Kelab Volkswagen Labuan berharap menerusi program itu dapat mewujudkan budaya kehidupan masyarakat yang penyayang dan prihatin,” kata Abdol Sapar.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli menyampaik­an sumbangan Labuanfm di Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Badr seterusnya berbuka puasa dan solat Maghrib secara berjemaah.

Sementara itu, Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran Sri Merinding Ustaz Mohd Arif Aliskah berharap pada masamasa akan datang, program itu akan dapat diteruskan untuk lebih mengenal antara satu sama lain dan menjadi satu program Ramadan yang sangat mulia ini.

“Mudah-mudahan Allah akan sentiasa memberkati program yang kita buat ini dan menjadi satu rahmat kepada kita dalam kehidupan dunia dan akhirat,”katanya.

Ustaz Ahmad Sharizal Mohd Saffian, Mudir Madrasah Tahfiz Quran Al-Badr pula berkata sumbangan yang diberikan kepada madrasah itu amat bermakna kepada mereka.

“Sesungguhn­ya, Allah sahaja yang membalas segala sumbangan dan juga pengorbana­n yang dibuat oleh semua orang sehingga menjayakan program ini, InsyaAllah,” katanya.

 ??  ?? ROZMAN menyampaik­an sumbangan Labuanfm kepada Ustaz Ahmad Sharizal diperhati Rohani (kiri) dan Rosli (kanan).
ROZMAN menyampaik­an sumbangan Labuanfm kepada Ustaz Ahmad Sharizal diperhati Rohani (kiri) dan Rosli (kanan).
 ??  ?? ROHANI (kiri), Abdol Sapar (tiga kanan) bersama pelajar Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Al-Ummi.
ROHANI (kiri), Abdol Sapar (tiga kanan) bersama pelajar Pusat Bimbingan Tahfiz Al-Quran Al-Ummi.
 ??  ?? ROHANI menyampaik­an sumbangan kepada Mohd Arif.
ROHANI menyampaik­an sumbangan kepada Mohd Arif.
 ??  ?? (gambar bawah) ABDOL Sapar (kiri) bersama ahli Kelab Volkswagen Labuan yang menjayakan program Ronda-Ronda Ramadan Labuan FM 2017.
(gambar bawah) ABDOL Sapar (kiri) bersama ahli Kelab Volkswagen Labuan yang menjayakan program Ronda-Ronda Ramadan Labuan FM 2017.
 ??  ?? MOHD Arif (kanan) menerima sumbangan daripada Abdol Sapar dari Kelab Volkswagen Labuan.
MOHD Arif (kanan) menerima sumbangan daripada Abdol Sapar dari Kelab Volkswagen Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia