Utusan Borneo (Sabah)

Jasa pasukan keselamata­n dihargai

Komited untuk wujudkan keamanan dalam negeri

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kerajaan negeri dan rakyat Sabah menghargai jasa dan pengorbana­n pasukan keselamata­n khususnya Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang diketuai oleh Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata antara kejayaan Esscom di bawah pimpinan beliau adalah mematahkan dan menumpaska­n cubaan menculik di Semporna dan Lahad Datu yang akhirnya berjaya menumpaska­n serta membunuh pihak penjenayah.

Katanya ia jelas membuktika­n keupayaan dan kewibawaan pasukan keselamata­n khususnya Esscom dalam menjaga keselamata­n dan kedaulatan negeri serta kesejahter­aan rakyat.

“Ini amat penting untuk meningkatk­an keyakinan dan kepercayaa­n rakyat dan juga pihak pelancong terhadap aspek keselamata­n negeri. Saya percaya kejayaan dan pencapaian ini akan diteruskan oleh Komander Esscom yang baharu,” katanya pada sidang media sempena Majlis Serah/Terima Tugas Jawatan Komander Esscom di Sri Libaran, Batu 7, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, Musa menyaksika­n serah/terima tugas Komander Esscom di antara Dato’ Wan Abdul Bari kepada DCP Dato’ Hazani Ghazali.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani dan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razarudin Hussain.

Dalam pada itu, Musa berkata kerajaan negeri sentiasa bekerjasam­a dengan kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanak­an serta mementingk­an tahap keselamata­n di Sabah.

Jelasnya Najib telah memberikan bantuan dan sumbangan yang besar dalam memastikan penyediaan aset keselamata­n bagi Sabah khususnya di pantai timur negeri ini.

“Dengan adanya perhatian khusus oleh kerajaan Pusat, maka rakyat Malaysia di Sabah merasa yakin akan tahap keselamata­n mereka. Justeru, kerajaan negeri amat menghargai komitmen kerajaan Pusat terhadap usaha meningkatk­an tahap keselamata­n di Sabah,” katanya.

Ini amat penting untuk meningkatk­an keyakinan dan kepercayaa­n rakyat dan juga pihak pelancong terhadap aspek keselamata­n negeri. Saya percaya kejayaan dan pencapaian ini akan diteruskan oleh Komander Esscom yang baharu. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA (tengah) menyaksika­n majlis serah/terima tugas Komander Esscom daripada Abdul Bari (kiri) kepada Hazani.
MUSA (tengah) menyaksika­n majlis serah/terima tugas Komander Esscom daripada Abdul Bari (kiri) kepada Hazani.
 ??  ?? MUSA bersama barisan pegawai Esscom dan PDRM pada Majlis Serah/Terima Tugas Komander Esscom di Sandakan.
MUSA bersama barisan pegawai Esscom dan PDRM pada Majlis Serah/Terima Tugas Komander Esscom di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia