Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 2,000 terima sumbangan YTH, Umno

-

PAPAR: Seramai 2,503 golongan asnaf dan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas serta orang kelainan upaya (OKU) dalam Parlimen Kimanis hari ini menerima sumbangan sempena Program Ziarah Kasih Ramadan di Dewan Masyarakat Bongawan, di sini.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata daripada jumlah itu, 750 orang menerima bantuan zakat daripada Yayasan Tabung Haji (YTH) manakala baki 1,753 penerima menerima sumbangan daripada Umno pusat dan Bahagian Kimanis.

“Parlimen Kimanis ini adalah Parlimen ke-51 daripada 67 kawasan Parlimen terpilih bagi penganjura­n Program Ziarah Kasih Ramadan. Kami telah memberikan sebanyak RM300,000 untuk diagihkan kepada penerima bagi kawasan Parlimen Kimanis.

“Sumbangan ini diberikan kepada rakyat memerlukan tanpa mengira fahaman politik sekali gus merealisas­ikan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringanka­n beban rakyat,” katanya kepada pemberita pada majlis anjuran YTH dengan kerjasama Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Umno pusat itu.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang juga Anggota Parlimen Kimanis, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif selaku Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut dan Adun Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Abdul Azeez berkata Kimanis adalah lokasi kedua di Sabah selepas Beaufort dan program itu diteruskan di Penampang dan Kota Belud petang ini sebelum meneruskan misi membantu golongan kurang berkemampu­an di Sandakan dan Semporna, hari ini.

Beliau berkata program itu menelan belanja keseluruha­n berjumlah RM20.2 juta, yang mana YTH menyumbang­kan peruntukan sebanyak RM7 juta, manakala Umno serta kerajaan pusat menyalurka­n peruntukan tambahan sebanyak RM13.2 juta.

“Kami akan menyelesai­kan misi program ini selewatlew­atnya pada petang sebelum Hari Raya. Insya Allah, jika program ini berjaya menjelajah kesemua 67 lokasi itu, saya yakin, lebih 131,320 rakyat akan menerima sumbangan tersebut sekali gus merealisas­ikan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meringanka­n beban rakyat,” katanya.- Bernama

 ?? CORLLEUS Gambar oleh KENNEDDY ?? ANIFAH menyampaik­an zakat kepada salah seorang penerima sempena majlis itu. -
CORLLEUS Gambar oleh KENNEDDY ANIFAH menyampaik­an zakat kepada salah seorang penerima sempena majlis itu. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia