Utusan Borneo (Sabah)

Jalan raya rosak jejas pergerakan penduduk

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Ramai penduduk Kampung Rundum, Kemabong tidak dapat keluar berbelanja ke Pekan Tenom akibat jalan raya rosak teruk.

Malah ramai yang sehingga hari ini tidak dapat mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disebabkan jalan raya licin dan berlumpur akibat tanah runtuh, kata Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Anambil Andikur.

Beliau menggesa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membantu masyarakat Rundum yang memerlukan bantuan untuk membaikpul­ih jalan raya licin dan berlumpur di kawasan itu.

Sebagai pemimpin masyarakat akar umbi di kawasan itu, Anambil amat terkilan kerana sudah beberapa kali gesaan dibuat agar pihak tertentu terutama JKR segera menghantar jentera dan kakitangan untuk membaikpul­ih jalan raya yang telah rosak.

Namun katanya, sehingga kini sikap terus membisu jabatan berkenaan menyebabka­n ramai penduduk yang tidak dapat pergi ke pekan untuk berbelanja dan mengambil BR1M mereka.

“Penduduk amat terkilan kerana JKR tidak memberi jawapan yang dapat menyakinka­n penduduk sedangkan kami amat memerlukan bantuan mereka kerana ramai penduduk terperangk­ap di kawasan ulu tidak dapat keluar untuk berbelanja dan mengambil BR1M mereka.

“Hari Raya Aidilfitri sudah dekat, guru-guru akan keluar ke bandar dan ada yang mahu balik kampung halaman mereka untuk berhari raya tetapi jika keadaan jalan seperti itu (rosak teruk) bagaimana mereka keluar, jalan raya terhalang dan sukar dilalui,” katanya di sini pada Sabtu.

Sementara itu, JKR di sini ketika dihubungi menyatakan bahawa masalah di kawasan itu sudah diambil tindakan beberapa hari lalu dengan menghantar kakitangan serta jentera untuk membantu mengatasi masalah itu.

Bagaimanap­un, beberapa penduduk menyatakan bahawa sejak dari awal lagi kejadian tanah runtuh itu berlaku tidak pernah kelihatan jabatan berkenaan datang membantu membaiki jalan itu walaupun aduan telah dikemukaka­n kepada jabatan berkenaan.

Baru-baru ini, dua pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Mukim Rundum menggesa Pejabat Daerah Kecil Kemabong agar mempercepa­tkan proses pelantikan tawaran kerja kepada kontraktor untuk membaikpul­ih jalan raya itu.

Kedua-dua pemimpin itu, Pengerusi JKKK SumambuPet­rus Birau dan Pengerusi JKKK Kapulu Ansarap Korong berkata memandangk­an cuaca di mukim itu pada masa ini dalam keadaan cerah dan panas maka, amat sesuai kerja membaikpul­ih kawasan terjejas teruk di lokasi sebelum simpang jalan ke Sumambu dan Rundum.

Petrus dan Ansarap mahukan kerja itu disegeraka­n kerana bimbang cuaca mungkin berubah seminggu sebelum perayaan Hari Raya Adilfitri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang dalam kenyataann­ya baru-baru ini menyatakan bahawa peruntukan sejumlah RM2.7 juta telah pun diperolehi daripada kerajaan Persekutua­n dan negeri, dan telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Kemabong untuk menyegerak­an kerja pembaikan jalan itu.

 ??  ?? PENDUDUK berkenaan. Rundum bergotong royong menimbus lubang di permukaan jalan
PENDUDUK berkenaan. Rundum bergotong royong menimbus lubang di permukaan jalan
 ??  ?? ANAMBIL
ANAMBIL
 ??  ?? KEADAAN jalan yang licin dan berlumpur menyukarka­n kenderaan melaluinya.
KEADAAN jalan yang licin dan berlumpur menyukarka­n kenderaan melaluinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia