Utusan Borneo (Sabah)

Tidak ada rakyat dipinggir: Mizma

-

LAHAD DATU: Kerajaan komited untuk memastikan proses pembanguna­n negara dilakukan secara adil dan saksama, tidak akan membiarkan golongan miskin hidup menderita malah akan terus menyalurka­n bantuan yang diperlukan golongan terbabit.

Ketua Wanita Umno Silam Mizma Appedullah berkata komitmen itu adalah selaras dengan prinsip kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menghormat­i suara rakyat dan tidak akan meminggirk­an atas faktor perbezaan politik.

Beliau berkata kerajaan mempunyai dana dan peruntukan yang mencukupi bagi menyalurka­n bantuan kepada golongan tersebut termasuk memberikan bantuan kepada mereka yang tercicir daripada senarai bancian yang dibuat sebelum ini.

Katanya agihan bantuan itu akan diberikan kepada semua penduduk miskin tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa.

“Kemajuan yang dikecapi telah membolehka­n rakyat memperoleh taraf hidup yang lebih baik sama ada di bandar mahupun desa manakala generasi muda menerima peluang pendidikan yang sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Membara Ihyah Ramadan bagi Pusat Daerah Mengundi Tungku dan Felda Lahad Datu. Turut diadakan ialah penyampaia­n sumbangan kepada golongan asnaf. Program itu merupakan anjuran pergerakan Wanita Umno Silam.

Menurutnya golongan yang masih sangsi dan ragu dengan kebolehan kerajaan mentadbir negara ini perlu melihat negara luar yang berdepan pelbagai krisis ketika ini dalam menguruska­n negara sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanak­annya dengan baik.

“Saya menyeru pemimpin masyarakat terutama ahli Umno supaya berusaha mendekati rakyat dalam memberi kefahaman terkini mengenai matlamat dan perjuangan parti membangunk­an agama, bangsa dan negara,” katanya.

Sementara itu, Mizma menyampaik­an sumbangan dan menyertai majlis berbuka puasa di beberapa tempat dalam Parlimen Silam.

Antaranya, Majlis berbuka puasa dan penyampaia­n sumbangan kepada golongan asnaf bagi Pusat Daerah Mengundi Dam Road dan North Road di Surau Nurul Takmir Kg Unta Lahad Datu.

Turut diadakan, tazkirah yang disampaika­n oleh Ustaz Sudirman dan Majlis Iftar bersama Keluarga Besar Pergerakan Wanita Umno Silam dalam Program Membara serta ceramah daripada Al Fadhil Ustaz Mohd Yunus Abu.

 ??  ?? MAJLIS Iftar bersama Keluarga Besar Pergerakan Wanita Umno Silam dalam Program Membara.
MAJLIS Iftar bersama Keluarga Besar Pergerakan Wanita Umno Silam dalam Program Membara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia