Utusan Borneo (Sabah)

Eratkan ukhuwah bersama rakyat

Umno Libaran sampai sumbangan kepada 800 penerima

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Umno Libaran meneruskan aktiviti turun padang sepanjang bulan Ramadan dengan berjumpa rakyat dan seterusnya menyampaik­an sumbangan kepada 800 penerima di Kampung Batu Putih di sini pada Ahad lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

berkata tradisi tahunan itu memberi peluang kepada mereka untuk bermesra dan seterusnya mengeratka­n ukhuwah bersama rakyat sebagai sebuah keluarga yang besar.

“Inilah cara kita berkeluarg­a yang sentiasa ingat mengingati, saling berjumpa dan tolongmeno­long antara satu sama lain. Dan, tidak lupa bawa sumbangan dengan harapan boleh meringanka­n beban dalam menyambut puasa dan Hari Raya.

“Kita juga bertuah kerana dikunjungi oleh agensi kerajaan negeri iaitu Suria Capital yang bekerjasam­a menganjurk­an majlis berbuka puasa dan memberi sumbangan. Inilah yang saya katakan betapa pentingnya mempunyai tadbir urus yang baik dan berkongsi keuntungan dengan menyumbang kepada rakyat.

“Inilah pesan saya kepada semua agensi kerajaan supaya mereka cekap, ikhlas dan komited dalam menjalanka­n tugas dan operasi,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Ramadan dan Berbuka Puasa anjuran UPPM Sungai Sibuga dan Suria Capital di Masjid Nur Islam, Kampung Batu Putih Baru, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol, Ketua Wanita Umno Libaran Datuk Armani Haji Mahirudin dan Pengerusi Suria Capital Datuk Faisyal Yusop Handain Diego.

Pada majlis itu, seramai 800 orang telah menerima bantuan Ramadan dan zakat.

Dalam pada itu, Musa juga mengajak rakyat untuk mengambil iktibar dalam bulan Ramadan untuk mengelak persengket­aan dan perselisih­an faham.

Katanya perpaduan yang kukuh membolehka­n kerajaan Barisan Nasional untuk terus membawa pembanguna­n kemudahan sedaya yang boleh.

“Inilah

cara kita berkeluarg­a yang sentiasa ingat mengingati, saling berjumpa dan tolongmeno­long antara satu sama lain. Dan, tidak lupa bawa sumbangan dengan harapan boleh meringanka­n beban dalam menyambut puasa dan Hari Raya. Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA menyampaik­an sumbangan kepada para penerima.
MUSA menyampaik­an sumbangan kepada para penerima.
 ??  ?? MUSA berucap pada majlis itu di Kampung Batu Putih.
MUSA berucap pada majlis itu di Kampung Batu Putih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia