Utusan Borneo (Sabah)

77,242 saman sejak Awas dilaksanak­an: Liow

-

BENTONG: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) mengeluark­an 77,242 saman Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) sehingga semalam, sejak sistem itu dikuatkuas­akan pada 15 April lepas.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 68,830 saman dikenakan kepada pemandu yang tidak mematuhi had laju manakala 8,412 lagi saman bagi kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

“Hasil pemerhatia­n dalam tempoh itu didapati KM 375.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), iaitu di Slim River, Perak (arah utara) dicatatkan sebagai kawasan paling kerap had laju dilanggar,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke-19 di Dataran Bentong, di sini kelmarin.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron dan Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Datuk Jim Khor.

Liow berkata JPJ juga telah menempatka­n 3,128 anggotanya untuk tujuan penguatkua­saan dalam Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula semalam hingga 2 Julai ini, yang menyaksika­n sebanyak 681 kenderaan telah diperiksa pada hari pertama semalam.

Selain itu, Liow sekali lagi mengingatk­an pengguna jalan raya bahawa JPJ akan memasang tujuh lagi kamera Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) sebelum akhir tahun ini, sebagai tambahan kepada 14 kamera AES sedia ada di lokasi yang sering berlaku kemalangan.

“Antara lokasi pemasangan­nya ialah di KM 151.4 Lebuhraya Plus - Pagoh, KM 299.9 Lebuhraya Plus-Kampar, KM 17 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, KM 96.3 Lebuhraya Plus -Kuala Muda, KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampira­n Chenih, KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampira­n Chukai dan KM 146.8 Lebuhraya Plus - Pagoh,” katanya sambil berharap pemasangan itu mampu mengurangk­an jumlah kemalangan di lokasi terlibat.

Sementara itu, kempen keselamata­n jalan raya bertemakan ‘Alah bisa, tegal biasa! Berhenti di lampu merah, amalan mulia’ bagi tahun ini, bertujuan menekankan kepentinga­n mematuhi peraturan lampu isyarat bagi mengelakka­n kemalangan yang disebabkan kecuaian kecil. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia