Utusan Borneo (Sabah)

Amalkan budaya saling menghormat­i

Berbeza agama, kepelbagai­an kaum bukan penghalang untuk hidup harmoni

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Penduduk Kampung Kigiok kira-kira 15 kilometer dari Pekan Ranau yang sebahagian­nya adalah muslim, walaupun sibuk menjalanka­n ibadah puasa namun turut mengadakan sambutan Tadau Kaamatan 2017 sekali gus Majlis Berbuka Puasa di dewan kampung berkenaan, barubaru ini.

Program berganda itu dirasmikan Ahli Parlimen Ranau yang juga Presiden Usda Datuk Dr Ewon Ebin, yang turut merasmikan jalan raya perhubunga­n desa yang baharu siap di kampung itu.

Sebagai pemimpin masyarakat yang prihatin dan sangat memahami serta menghormat­i amalan kepercayaa­n masyarakat pelbagai kaum khusunya masyarakat Islam, Ewon turut bersama-sama penduduk kampung untuk menunggu masa berbuka puasa.

Ewon berkata walaupun berbeza agama tetapi budaya saling menghormat­i itu harus diamalkan demi kesinambun­gan semangat perpaduan yang telah sekian lama berakar umbi dalam masyarakat.

“Sememangny­a, Kaamatan adalah asas perpaduan kaum Kadazandus­un, tetapi kepelbagai­an itu tidak menjadi halangan untuk kita hidup harmoni khususnya di Ranau ini. Kita sudah sekian lama saling menghormat­i dan memahami agama dan budaya orang lain.

“Tahniah dan terima kasih kepada ketua kampung dan pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta penduduk kampung yang telah berusaha berganding bahu mengadakan majlis ini,” katanya.

Beliau berkata apa yang sangat penting ialah penduduk kampungper­lusentiasa­bersatu padu dan terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN)untukmemas­tikanrakya­t terus mendapat pembelaan sewajarnya termasukla­h melalui pelaksanaa­n pelbagai projek pembanguna­n.

“Pembinaan jalan raya sebagai perhubunga­n penting di kampung ini yang telah siap, membuktika­n keprihatin­an kerajaan BN membela rakyat dengan memberi kemudahan yang diperlukan,” katanya yang turut menyempurn­akan perasmian jalan desa di kampung itu.

Pada majlis itu, Ewon turut menyerahka­n sumbangan berupa wang tunai kepada 40 penerima dari kalangan warga emas, selain sumbangan untuk satu surau dan masjid di kampung itu.

Ketua Kampung Kigiok Ahidi Kasaman dan Pengerusi JKKK Kigiok Sairin Kasaman turut berterima kasih dengan Ewon serta rombongan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama penduduk kampung meraikan majlis berganda itu.

Turut hadir ialah Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi, Setiausaha Parlimen Ranau Dalius Ubin, Naib Pemuda Upko Ranau Abdul Razak Mohd Kahar, Pengerusi Masjid Kampung Kigiok Nurkibin Nasir dan Pengerusi JKKK Lohan Ulu Mohd Yusuf Mohd Kahar.

“Sememangny­a,

Kaamatan adalah asas perpaduan kaum Kadazandus­un, tetapi kepelbagai­an itu tidak menjadi halangan untuk kita hidup harmoni khususnya di Ranau ini. Kita sudah sekian l“ama saling menghormat­i dan memahami agama dan budaya orang lain. DATUK DR EWON EBIN, Ahli Parlimen Ranau, Presiden Usda

 ??  ?? EWON (dua kiri) menyerahka­n sumbangan kepada warga emas di Kg Kigiok sempena sambutan Tadau Kaamatan dan Majlis Berbuka Puasa.
EWON (dua kiri) menyerahka­n sumbangan kepada warga emas di Kg Kigiok sempena sambutan Tadau Kaamatan dan Majlis Berbuka Puasa.
 ??  ?? EWON (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan untuk Masjid Kg Kigiok kepada Nurkibin.
EWON (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan untuk Masjid Kg Kigiok kepada Nurkibin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia