Utusan Borneo (Sabah)

Enam lokasi berisiko kemalangan jalan raya di Kelantan dipantau

-

GUA MUSANG: Polis Kelantan akan membuat pemantauan di enam lokasi berbahaya di tiga jalan utama di Kelantan bagi mengelakka­n berlaku kemalangan jalan raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata lokasi itu membabitka­n Kilometer (KM) 311.1 dan 318.5 Jalan Kuala Krai Gua Musang, KM 732 Jalan Rantau Panjang - Pasir Mas dekat Lubok Jong.

Selain itu, di KM 290.2 Jalan Tanah Merah - Pasir Puteh hadapan JKR Machang, KM 37 Jalan Kota Bharu - Terengganu, KM 16.2 dan 16.8 Jalan Panglima Bayu - Rantau Panjang - Jeram Perdah.

“Kesemua lokasi itu akan dipantauan­ggotapolis­peronda supaya pengguna mematuhi peraturan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Op Selamat yang bermula semalam (18 Jun) hingga 2 Julai depan, sempena Hari Raya 2017 di Hentian Gua Musang di Kampung Tanah Puteh sini, malam Ahad.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kelantan Mahasan Mustafa dan Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail.

“Selain itu, anggota polis juga akan melakukan rondaan di kawasan kediaman penduduk yang pulang beraya di kampung bagi menangani kes pecah rumah.

“Bagaimanap­un kita mahu penduduk yang ingin pulang ke kampung menyambut hari raya supaya mengisi borang keselamata­n rumah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampira­n,” katanya sambil menambah ia bagi memudahkan anggota yang membuat rondaan memantau kawasan penempatan terbabit.

“Musim perayaan sudah tentu terdedah kepada peluang kejadian jenayah khusus pecah rumah dan kita harap penduduk memberi kerjasama bagi memastikan semua kediaman selamat,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia