Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Usia Labuan agih 500 pek bubur lambuk

-

LABUAN: Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) Bahagian Labuan telah mengagihka­n 500 pek bubur lambuk kepada orang ramai, kelmarin.

Program anjuran bersama Usia Bahagian Labuan dan Usia Cawangan Kampung Lajau itu dimulakan dengan penyediaan bahan-bahan memasak bermula jam 8 pagi di pekarangan Masjid Adam, Kampung Lajau.

Manakala sebelah petang, Wanita Usia Bahagian Labuan mengagihka­n bubur lambuk kepada orang ramai dan jemaah di masjid berkenaan.

Majlis perasmian memasak bubur lambuk itu disempurna­kan oleh Timbalan Ketua Usia Bahagian Labuan Haji Abd Rahman Lamudin, yang mewakili Ketua Usia Bahagian Labuan Haji Mohd Ali Bledram.

Turut hadir, Ketua Wanita Usia Bahagian Labuan Hajah Rohani Haji Awang Tengah dan Ketua Usia Cawangan Lajau Haji Ahmad Haji Akil.

Abd Rahman berkata program pengagihan bubur lambuk di cawangan itu merupakan kali pertama dianjurkan Usia Bahagian Labuan dengan kerjasama Usia Cawangan Lajau.

“Usia Bahagian Labuan memberi ruang dan peluang pemimpin dan ahli Usia cawangan untuk memasak bubur lambuk sekaligus dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan ahli badan bukan kerajaan (NGO) itu,” katanya.

Abd Rahman berharap menerusi program seumpama itu, masyarakat Islam akan mengenali dan mengetahui lebih lanjut peranan dan sumbangan Usia Bahagian Labuan kepada masyarakat setempat.

Katanya,programseu­mpana itu akan diteruskan pada masa akan datang di cawangan Usia yang lain di Labuan.

Sementara itu, Rohani mengucapka­n terima kasih kepada semua ahli Usia bahagian dan cawangan Lajau yang menjayakan program itu.

 ??  ?? ABD Rahman (lima kiri) bersama Wanita Usia Bahagian Labuan memasak bubur lambuk di Masjid Adam, Kampung Lajau, kelmarin.
ABD Rahman (lima kiri) bersama Wanita Usia Bahagian Labuan memasak bubur lambuk di Masjid Adam, Kampung Lajau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia