Utusan Borneo (Sabah)

PSA UMS Semarak Ramadan Bersama Anak Yatim

-

KOTAKINABA­LU:Persatuan Pelajar Pascasiswa­zah (PSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Semarak Bulan Ramadan Bersama Anak Yatim 2017 di Hotel Tabung Haji Sembulan pada 16 Jun lepas.

Program itu diisi dengan acara berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari enam sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu.

Seramai 35 anak yatim diraikan dari SK Gudon, SK Melawa, SK Kolombong, SK Inanam 2, SK Pengiran Siti Hafsah, SK Bukit Padang dan SMK Likas masing-masing berumur dalam lingkungan 7 hingga 17 tahun.

Majlis berlangsun­g dengan jayanya dan disempurna­kan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Pascasiswa­zah, Jakaria Dasan, sebagai mewakili Dekan Prof Dr Rasid Haji Mail yang menghadiri majlis rasmi serentak dengan majlis yang diadakan.

Majlis yang dilangsung­kan bertujuan mengimarah dan menzahirka­n bulan Ramadan dengan menyantuni golongan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik disamping memupuk rasa cinta beramal ibadah menerusi amalan bersedekah.

Aktiviti pengagihan barangan sumbangan dan pemberian duit raya turut menyerikan lagi majlis itu. Barangan sumbangan terdiri daripada keperluan seharian terutama untuk kegunaan pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Ia sedikit sebanyak diharap dapat menghiburk­an hati anakanak istimewa ini menjelang Hari Raya. Hasil kutipan untuk membeli barang persiapan raya dan derma ikhlas duit raya diterima daripada para dermawan.

Kesemua kutipan sumbangan ikhlas digunakan sepenuhnya bagi menampung kos terlibat dan duit raya.

 ??  ?? PSA rai anak yatim dari tujuh sekolah di sekitar Kota Kinabalu.
PSA rai anak yatim dari tujuh sekolah di sekitar Kota Kinabalu.
 ??  ?? JAKARIA berucap di majlis itu.
JAKARIA berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia