Utusan Borneo (Sabah)

Kolaborasi jayakan aktiviti kebajikan satu usaha murni

- Oleh SHAMRY M SANI

KUNAK: Langkah pelbagai pihak menjalinka­n kolaborasi menjayakan aktiviti kebajikan dan kemasyarak­atan dianggap sebagai usaha murni dalam menunjukka­n keprihatin­an terhadap golongan yang memerlukan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Datuk M ansur berkata bagi merealisas­i aktiviti itu, jabatan mahu pun agensi kerajaan perlu menjalin kerjasama dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat yang memberi peluang kepada pihak terbabit melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka.

Katanya usaha RTM melaksanak­an program itu perlu diteruskan pada masa akan datang yang bukan sahaja mendekatka­n RTM dengan para masyarakat malah menjadi medan mempertemu­kan rakyat dan pemimpin di sesuatu kawasan khususnya menjelang musim perayaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jelajah Ramadan RTM di Kunak.

Sementara itu, Pengurus Tawaufm Mohd Azzry Abdullah menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pelaksanaa­n program itu.

Katanya komitmen padu yang ditunjukka­n pihak berkaitan bukan sahaja memberi kesan positif dari segi jalinan kerjasama malah mampu mempupuk semangat saling membantu antara semua pihak terhadap golongan sasar yang memerlukan.

Pada program itu turut diadakan rakaman Pantun Ria Aidilfitri, Pondok Lebaran, persembaha­n Stompers dari Kolej Komuniti Tawau, penyampaia­n sumbangan kepada golongan mualaf di sekitar daerah Kunak dan pengagihan sup daging kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan selain masjid dan orang ramai.

Turut hadir, Pengarah dan Pemilik Kumpulan Stamin Sdn Bhd Hj Bustamin Hj Paita, Pengarah Kolej Komuniti Tawau Mohd Rashid Saad dan Pengarah Kolej Komuniti Lahad Dat uR o z i ta M oh d J amil.

 ??  ?? NASRUN semasa terlibat dengan acara memasak sup untuk diagihkan dalam program itu.
NASRUN semasa terlibat dengan acara memasak sup untuk diagihkan dalam program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia