Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno rai 50 anak golongan asnaf

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pergerakan Puteri Umno Negeri meraikan 50 anak golongan asnaf dari sekitar daerah dalam Program Shopping Raya Bersama Anak Golongan Asnaf di salah sebuah kompleks beli belah di sini, kelmarin.

Naib Ketuanya Zakiah Kalipunya berkata program yang menjadi acara tahunan peringkat negeri itu telah memilih Umno Bahagian Silam untuk dilaksanak­an tahun ini.

“Program ini antara lain bertujuan membantu golongan sasar iaitu anak-anak golongan yang tidak berkemampu­an agar mereka tidak rasa terpinggir dan kekurangan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang meriah,” katanya di sini kelmarin.

Menurut beliau Puteri berperanan penting untuk terus menggerakk­an pelbagai aktiviti agar golongan yang kurang berkemampu­an dibantu terutama dalam keadaan ekonomi sekarang.

Beliau turut menyeru agar Puteri di seluruh negeri meneruskan usaha memperkasa aktiviti sosial dan kebajikan melibatkan komuniti di peringkat akar umbi dan terus komited dalam merealisas­ikan aspirasi kerajaan.

Sementara itu, Ketua Puteri Bahagian Silam Zuraidah Asdain berkata golongan asnaf yang terpilih mengikuti program itu adalah kanakkanak dari keluarga yang tidak berkemampu­an, yatim piatu dan kurang upaya.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Puteri Negeri kerana memilih bahagian Silam untuk melaksanak­an program itu yang akan dimanfaatk­an oleh 50 kanak-kanak terutama sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini,” katanya.

Rina Abdul Wahid, 39, ibu kepada seorang kanak-kanak kurang upaya Ahmad Hakimi ketika ditemui berkata beliau bersyukur dengan bantuan yang diterima kerana ia amat bermakna untuknya sekeluarga.

“Melalui program ini, sudah pasti ia memberi kegembiraa­n kepada anak saya kerana dengan kekangan ekonomi sekarang, bebanan perbelanja­an untuk anak-anak dapatlah diringanka­n,” katanya yang mempunyai empat orang anak.

 ??  ?? SALAH seorang kanak-kanak yang diraikan sempena program itu.
SALAH seorang kanak-kanak yang diraikan sempena program itu.
 ??  ?? ZAKIAH dan Zuraidah bersama kanak-kanak golongan asnaf.
ZAKIAH dan Zuraidah bersama kanak-kanak golongan asnaf.
 ??  ?? RINA bersama anaknya Hakimi.
RINA bersama anaknya Hakimi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia