Utusan Borneo (Sabah)

Kebakaran hutan di Portugal merebak, puluhan maut

-

PEDRGO GRANDE: Kebakaran hutan berlaku di tengah Portugal telah membunuh sekurang-kurangnya 62 orang, ramai yang terbakar hingga mati di dalam kereta mereka, menurut kerajaan kelmarin, dalam bencana teruk di negara tersebut dalam sejarah baru-baru ini.

Pihak berkuasa telah mengumumka­n perkabunga­n negara selama tiga hari ketika lebih dari 900 orang anggota bomba dan 280 buah kenderaan menghadapi kebakaran, yang turut menyebabka­n 62 orang tercedera, di sebalik keadaan kemusnahan.

Kebakaran berlaku pada Sabtu lepas di perbandara­n Pedrogao Grande di tengah Portugal, kelihatan sebagai berpunca dari satu pancaran kilat, dan merebak dengan pantas dari beberapa arah.

“Kebakaran telah mencecah satu peringkat bagi tragedi manusia yang kami tidak pernah lihat sebelum ini,” menurut Perdana Menteri Antonio Costa yang kelihatan sedih, yang mengumumka­n hari perkabunga­n selama tiga hari bermula kelmarin.

“Kami pasti akan mencari mangsa-mangsa lain di situ” dalam pencarian dari kampung ke kampung, tambah Costa.

“Saya berasa terkejut dan sedih dengan banyak nyawa yang telah diragut oleh kebakaran teruk pada hari ini,” menurut Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kelmarin.

“Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu sentiasa bersedia untuk membantu dalam apa-apa cara sekalipun,” tambah beliau.

Keluasan bagi hutan bukit di kawasan di utara Lisbon, yang mana 24 jam sebelumnya mempunyai hutan hijau terang dengan pokok kayu putih dan pokok pain, telah hangus dijilat api.

Satu lapisan asap putih yang tebal telah terdapat pada kedua-dua bahagian bagi lebuh raya sejauh kira-kira 20 kilometer, ketika pokokpokok yang hangus tumbang di atas tanah yang terbakar.

Sebuah kereta yang hangus terbakar terdapat di luar rumah-rumah yang separuh musnah dan terbiar, ketika beberapa meter jauhnya pihak polis yang memakai topeng muka mengelilin­gi mayat seorang lelaki yang ditutupi dengan kain putih.

Ketua polis Almeida Rodrigues mempersala­hkan ribut taufan yang kering bagi kebakaran tersebut, menolak tindakan pembakaran secara sengaja, dan menyatakan sebatang pokok telah dipanah kilat.

“Semua benda telah terbakar dengan pantas akibat angin kuat. Api telah bergerak melepasi dalam dua atau tiga kilometer dari rumah saya,” menurut penduduk tempatan Isabel Ferreira, 62.

“Saya mengenali beberapa orang dari mangsa. Salah seorang dari rakan setugas saya telah kehilangan ibu dan anak perempuann­ya berusia empat tahun ketika beliau tidak dapat membantu mengeluark­an mereka dari belakang kereta.

Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal dalaman Jorge Gomes menyatakan 18 daripada mereka yang terbakar sehingga mati telah terperangk­ap di dalam kereta mereka yang dijilat api di atas jalan di antara Figueiro dos Vinhos dan Castanheir­a de Pera.

“Ia adalah sukar untuk menyatakan sekiranya mereka telah melarikan diri dari kebakaran atau telah diserang secara mengejut,’ kata beliau.

Mayat–mayat lain telah ditemui di dalam beberapa buah rumah di kawasan terpencil, Sekurang-kurangnya tiga buah kampung berhampira­n Pedrogao Grande telah dikosongka­n.

Luisilda Malheiro dan suaminya Eduardo Abreu, sepasang petani, keduaduany­a berusia 62 tahun, telah meninggalk­an laluan berbahaya N-236.

“Kami berjaya melarikan diri tepat pada masanya, saya dengan menaiki traktor kami dan beliau menaiki van kami,” menurut Luisilda.

“Rumah kami masih lagi di sana namun kami telah kehilangan segala-galanya: ayam, arnab dan itik. Kami hanya mampu untuk menyelamat­kan dua ekor kambing,” kata beliau lagi.

Sebelum itu Costa menyatakan mangsa yang tercedera adalah termasuk lima orang dalam keadaan kritikal termasuk seorang kanak-kanak dan empat orang anggota bomba.

“Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamat­kan mereka yang mash berada dalam bahaya,” kata Costa.

Kesatuan Eropah menyatakan ia akan menyediaka­n kapal terbang bomba dari Perancis sementara Sepanyol telah menghantar empat buah pesawat pengebom air.

Portugal telah berdepan dengan satu gelombang panas teruk sepanjang hujung minggu, dengan suhu meningkat sebanyak 40 darjah Celsius di beberapa buah wilayah.

Lebih dari 140 kebakaran hutan berterusan terbakar di seluruh negara pada malam kelmarin, dengan kira-kira 2,000 orang anggota bomba berusaha untuk memadamkan­nya.

“Kebakaran masih lagi marah di empat kawasan,” kata Gomes, dua daripadany­a merebak dengan cepat.

Beberapa buah kampung telah terjejas akibat kebakaran utama fan rumah-rumah telah dikosongka­n, pemiliknya telah berlindung di kawasan berhampira­n.

Pihak berkuasa tidak segera mampu memberikan komen mengenai tahap kerugian.

Beberapa orang telah meninggalk­an rumah mereka telah diterima oleh penduduk bagi bandar berhampira­n dengan Ansiao.

“Terdapat orang yang telah tiba menyatakan mereka tidak mahu mati di dalam rumah mereka, yang telah dikepung oleh api,” menurut penduduk Ansiao Ricardo Tristao.

Presiden Marcelo Rebelo telah pergi ke wilayah Leiria untuk menemui keluarga mangsa, menyatakan beliau telah berkongsik­an penderitaa­n mereka di atas nama semua rakyat Portugis.

Pope Francis menyatakan ucapan takziahnya dalam sembahyang kelmarin ketika Ketua Suruhanjay­a EU Jean-Claude Juncker memuji keberanian anggota bomba.

Portugal telah dilanda oleh satu siri kebakaran pada tahun lepas yang memusnahka­n lebih 100,000 hektar dari tanah besar.

Kebakaran di pulau peranginan Madeira pada Ogos lepas telah mengorbank­an tiga orang, ketika pada 2016 kira-kira 40 buah rumah telah musnah dan 5,400 hektar tanah terbakar.

Pada 1966, satu kebakaran di Sintra, di barat Lisbon telah mengorbank­an 25 anggota tentera yang cuba menangani kebakaran tersebut tetapi gagal. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SEBUAH kereta tinggal rangka manakala pokok-pokok di sekeliling­nya turut hangus setelah kebakaran hutan berlaku dekat Pedrogao Grande, kelmarin.
— Gambar Reuters SEBUAH kereta tinggal rangka manakala pokok-pokok di sekeliling­nya turut hangus setelah kebakaran hutan berlaku dekat Pedrogao Grande, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia