Utusan Borneo (Sabah)

Sami, pegawai polis diberkas

-

COLOMBO: Pihak polis Sri Lanka menahan empat orang termasuk seorang sami Buddha dan seorang pegawai polis yang dituduh terlibat dalam serangan ke atas sebuah masjid, sebagai sebahagian satu tindakan antikegana­san terhadap populasi minoriti Muslim.

Pihak polis menyatakan kelmarin keempat-empat mereka merupakan anggota kumpulan tegar Bodu Bala Sena (BBS) atau organisasi Buddhist Power Force, yang dipersalah­kan kumpulan Islam atas rangkaian serangan terbaharu terhadap syarikat perniagaan dan masjid.

BBS menafikan sebarang penglibata­n.

“Pihak polis menahan empat orang termasuk seorang sami Buddha dan seorang konstabel polis yang berkhidmat selepas menonton rakaman CCTV serangan ke atas sebuah masjid,” jurucakap polis Priyantha Jayakody memberitah­u wartawan, merujuk kepada hartanah di Panadura, pinggir ibu negara Colombo, pada 17 Mei.

“Ini merupakan satu kejayaan besar dalam siasatan, dua suspek merupakan anggota terkenal dalam organisasi Bodu Bala Sena,” tambah beliau, menyatakan mereka ditangkap membawa sebilah pedang, sebatang kayu hoki dan peralatan yang biasanya digunakan untuk menghasilk­an bom petrol.

Kerajaan Presiden Maithripal­a Sirisena dikecam oleh kumpulan pembangkan­g dan diplomat kerana tidak melakukan sepenuhnya terhadap kumpulan tegar Buddha dan melindungi umat Islam.

Lebih 20 serangan terhadap umat Islam, termasuk pembakaran sengaja terhadap perniagaan yang dimiliki umat Islam dan serangan bom petrol terhadap beberapa masjid, direkodkan sejak 17 April.

Sirisena dan Perdana Menteri Ranil Wickremasi­nghe mengarahka­n pihak polis untuk mempertaha­nkan undang-undang, namun keganasan berterusan.

Penduduk Buddha meliputi 70 peratus dari populasi Sri Lanka seramai 21 juta orang, berbanding kira-kira sembilan peratus Muslim.

Ketegangan telah semakin berkembang, dengan beberapa kumpulan tegar Buddha menuduh penduduk Muslim memaksa orang memeluk Islam dan memusnahka­n kawasan arkeologi Buddha.

Jayakody menyatakan pihak polis telah menahan 22 orang atas kesalahan ucapan kebencian pada bulan ini, termasuk seorang Muslim atas satu kenyataan anti-Buddha di Facebook dan seorang lelaki Tamil dituduh menyerang masjid. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia