Utusan Borneo (Sabah)

Bersedekah mesrakan lagi kasih sayang

-

SIPITANG: Amalan bersedekah bukan sekadar membantu tetapi memesrakan lagi kasih sayang dalam kalangan umat Islam.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata amalan itu juga bukan hanya pada bulan Ramadan tetapi juga pada bulan yang lain.

“Cuma yang membezakan bagi umat Islam, amalan bersedekah pada Ramadan nikmatnya lebih baik berbanding pada bulan yang lain,” katanya kelmarin.

Beliau berkata demikian pada majlis Ihya Ramadan bersama Lembaga Pembagunan Perumahan dan Bandar serta Umno Sipitang di Masjid Bandar Sahabat Sindumin.

Hadir sama pada majlis itu termasukla­h Pengerusi LPPB merangkap Adun Sindumin Datuk Ahmad Bujang, Timbalan Pengurus Besar LPPB Geaorge Liew, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Hafez Yamani Musa.

Sapawi berkata kasih sayang umat Islam yang kuat dan kukuh itulah yang dapat mengajak umat Islam untuk saling bantu membantu dan bersatu dalam menghadapi cabaran serta berhadapan dengan musuh Islam.

Katanya musuh Islam pada ketika ini ternyata begitu berani apabila berusaha mencetuska­n perbalahan dalam kalangan umat Islam dan bukan Islam.

Menurutnya musuh Islam menggunaka­n pelbagai cara termasukla­h media sosial untuk mencetuska­n perbalahan.

“Alhamdulil­lah, sikap kasih sayang umat Islam ternyata kebal dan kekebalan inilah yang merupakan salah satu strategi kita untuk tidak terpengaru­h dan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya.

“Selain itu, kebijaksan­aan barisan kepimpinan juga ternyata membantu dan ia sekaligus dapat mematahkan segala cubaan musuh Islam,” katanya.

Sapawi memberitah­u amalan bersedekah bagi umat Islam adalah amalan bantu membantu.

Katanya dengan cara itu hubungan silaturahi­m umat Islam semakin kuat dan terus berkembang.

“Inilah antara manfaat mengapa Islam menggalakk­an umatnya untuk mengamalka­n bersedekah... amalan ini sebenarnya mendekatka­n umat Islam antara satu sama lain,” jelasnya.

 ??  ?? AHMAD diperhatik­an oleh Sapawi dan Hafez menyampaik­an sumbangan daripada LPPB kepada golongan yang layak menerima di majlis itu.
AHMAD diperhatik­an oleh Sapawi dan Hafez menyampaik­an sumbangan daripada LPPB kepada golongan yang layak menerima di majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI diperhatik­an oleh Ahmad dan Hafez menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf.
SAPAWI diperhatik­an oleh Ahmad dan Hafez menyampaik­an sumbangan kepada golongan asnaf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia