Utusan Borneo (Sabah)

CSR bersama masyarakat

Mara-YPM-PMB bantu 80 anak yatim dan asnaf

- Oleh YUSOP TEPPO

Bantuan berkenaan bukan hanya diberikan semasa bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri semata-mata, namun pada bila-bila masa yang diperlukan. ABU SUFIAN ABU HANIPAH Timbalan Pengarah Mara Sabah

SANDAKAN: Seramai 40 golongan asnaf membabitka­n 16 anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Al-Yakin Sandakan dan 34 kanak-kanak kurang berkemampu­an diraikan dalam satu Majlis Simfoni Ramadan dan CSR bersama Masyarakat anjuran Majlis Amanah Rakyat (Mara) - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) - Pelaburan Mara Berhad (PMB).

Majlis diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini adalah sebagai melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat Mara-YPM-PMB khususnya bagi membantu golongan memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa dan ketika membuat persiapan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Lebih menyeronok­kan, kesemua anak yatim yang berusia antara 8 hingga 17 tahun itu turut menerima sumbangan duit raya daripada ketiga-tiga agensi yang melaksanak­an program berkenaan.

Majlis penyampaia­n sumbangan disempurna­kan bersama oleh Timbalan Pengarah Mara Sabah Abu Sufian Abu Hanipah, Pengerusi Persatuan Bangsa Sungai Sabah (Sabas) Kolonel (K) Dato’ Juhari Janan, Pengerusi Persatuan Penyewa Mara Sandakan Awang Basrih Haji Osman mewakili Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin, wakil YPM, wakil PMB dan Jawatankua­sa Persatuan Penyewa Mara Sandakan.

Berucap pada majlis itu, Abu Sufian berkata Mara tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik dan menderita serta akan menyalurka­n bantuan ke seluruh negeri.

“Bantuan berkenaan bukan hanya diberikan semasa bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri semata-mata, namun pada bila-bila masa yang diperlukan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, selain menjadi acara tahunan, majlis berkenaan juga dilihat sebagai medium merapatkan hubungan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat.

Manakala tetamu khas, Juhari ketika diminta mengulas program berkenaan mengucapka­n terima kasih kepada pihak Mara dan Persatuan Penyewa Mara Sandakan dipengerus­ikan oleh Awang Basrih Osman yang telah menjemput Sabas bagi memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan golongan asnaf.

“Program seperti ini merupakan satu usaha yang murni dalam membantu golongan asnaf dan anakanak yatim sebagai persiapan penerima sumbangan ini menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau berharap program seperti dapat diteruskan “kerana kita membantu anak yatim dan golongan asnaf ini tiada noktahnya berdasarka­n mereka ini adalah golongan yang tersenarai dalam penerima sumbangan sama ada kerajaan atau badan bukan kerajaan.”

Juhari turut meminta badan-badan bukan kerajaan dan badan korporat agar mencontohi pihak Mara ini bagi menghulurk­an sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu turut diselitkan dengan tazkirah oleh penceramah bebas Ustaz Mohammad Jalil Ahmad.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Eksekutif Seksyen Bantuan Persekolah­an, Yayasan Pelajaran Mara Norlaila Mohd Johan, Pengurus Seksyen Tertiari, Yayasan Pelajaran Mara Rosnani Ibrahim, Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sandakan Mohd Rizalmi Dahaman, Pegawai Mara Sandakan Ismail Bohari dan Pegawai Zakat Sandakan Amey Ahmad.

 ??  ?? ANAK-ANAK yatim dan kanak-kanak golongan asnaf yang menerima sumbangan bergambar bersama Juhari, Supian, Basrih dan para pegawai kanan Mara.
ANAK-ANAK yatim dan kanak-kanak golongan asnaf yang menerima sumbangan bergambar bersama Juhari, Supian, Basrih dan para pegawai kanan Mara.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA Persatuan Penyewa Sandakan bergambar bersama Juhari, Supian, Basrih dan para pegawai kanan Mara.
JAWATANKUA­SA Persatuan Penyewa Sandakan bergambar bersama Juhari, Supian, Basrih dan para pegawai kanan Mara.
 ??  ?? KANAK-KANAK golongan asnaf menerima sumbangan daripada Juhari, Sufian, Basrih dan pegawai-pegawai kanan Mara.
KANAK-KANAK golongan asnaf menerima sumbangan daripada Juhari, Sufian, Basrih dan pegawai-pegawai kanan Mara.
 ??  ?? JUHARI, Sufian, Basrih dan para pegawai Mara menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.
JUHARI, Sufian, Basrih dan para pegawai Mara menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim.
 ??  ?? PEGAWAI MRSM bergambar bersama Juhari, Supian , Basrih dan para pegawai kanan Mara.
PEGAWAI MRSM bergambar bersama Juhari, Supian , Basrih dan para pegawai kanan Mara.
 ??  ?? SUFIAN bersama Basrih, Juhari dan tetamu yang hadir.
SUFIAN bersama Basrih, Juhari dan tetamu yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia