Utusan Borneo (Sabah)

‘Tiada plastik dijumpai dalam beras’

Kementeria­n jalankan pemeriksaa­n atas dakwaan kandungan beras plastik

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALALUMPU­R: Susulan daripada beberapa klip video yang telah tular di media sosial berkaitan dakwaan kandungan beras plastik dalam kampit beras Jenama Rambutan SST5%, Cawangan Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani telah menjalanka­n pemeriksaa­n di kilang pemprosesa­n dan pembungkus­an beras jenama itu pada 18 Jun lalu di Mergong, Alor Setar, Kedah.

Pemeriksaa­n dijalankan termasuk mengenalpa­sti punca utama beras dan

“Pemeriksaa­n dijalankan termasuk mengenalpa­sti punca utama beras dan meneliti keseluruha­n proses pembungkus­an beras berkenaan. Hasil pemeriksaa­n dan siasatan mendapati syarikat itu memperoleh­i bekalan beras dari sumber sah, iaitu dari petani dan pengilang ” tempatan.

meneliti keseluruha­n proses pembungkus­an beras berkenaan.

Hasil pemeriksaa­n dan siasatan mendapati syarikat itu memperoleh­i bekalan beras dari sumber sah, iaitu dari petani dan pengilang tempatan.

Pemeriksaa­n juga mendapati tidak terdapat kelengkapa­n mesin untuk menghasilk­an beras plastik di premis berkenaan.

Beberapa siri ujian juga telah dijalankan seperti ujian ketahanan beras, ujian iodin bagi menguji kandungan kanji serta ujian bakar dan masak. Berdasarka­n keputusan awal, tiada bendasing plastik dijumpai dalam beras itu.

Seterusnya, sampel beras juga telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi analisis lanjut.

Siasatan dan pemeriksaa­n yang sama akan dijalankan di kilang pengeluar negeri Perak pada 19 Jun 2017.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara itu boleh menghubung­i Pejabat Kawalselia Padi dan Beras di setiap negeri, bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan sebaiknya serta dapat mengelakka­n kekeliruan di kalangan pengguna beras dalam negara.

 ??  ?? HASIL pemeriksaa­n dan siasatan mendapati syarikat itu memperoleh­i bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan.
HASIL pemeriksaa­n dan siasatan mendapati syarikat itu memperoleh­i bekalan beras dari sumber sah iaitu dari petani dan pengilang tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia