Utusan Borneo (Sabah)

25 anak yatim dirai pada majlis berbuka puasa V’Asia Cosmetic & Healthcare

- -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: V’Asia Cosmetic & Healthcare telah meraikan anak-anak yatim dan warga kerja dalam satu Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim miskin (Peyakin) di Jalan Meru, Batu Belah Klang Selangor, baru-baru ini.

Pada majlis itu, 25 anak yatim berusia 13 hingga 18 tahun menerima sumbangan duit raya daripada V’Asia dan hamper yang disampaika­n sendiri oleh Pengarah Urusan V’Asia Datuk Azril Mohd Radzi.

Menurut Azril sudah menjadi lumrah kepada syarikat V’Asia untuk mengadakan majlis amal sebegitu setiap tahun dan membantu mereka yang kurang berkemampu­an.

“Di bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, saya berharap agar segala amal ibadah yang dilakukan mendapat keredhaan Allah SWT dan agar majlis sebegini dapat diteruskan untuk tahun yang berikutnya,” katnaya.

Selain isteri beliau Datin Balqish Banu, antara yang hadir memeriahka­n majlis adalah Pengurus Besar Operasi V’Asia Dr Azwan Mohd Radzi.

Selepas berbuka, majlis diteruskan dengan solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih secara berjemaah.

Peyakin merupakan lokasi pilihansya­rikatV’Asiakerana kedudukan pusat kebajikan itu terletak di daerah Klang yang menjadi giliran dalam kalendar V’Asia pada tahun ini.

Pihak V’Asia bercadang untuk menjelajah ke semua daerah di negeri Selangor bagi melakukan majlis amal sedemikian pada tahun akan datang.

Peyakin yang diterajui oleh Haji Wan Abd Hisham Haji Wan Ahmad Tajuddin bersama 15 lagi kakitangan­nya merupakan pusat kebajikan yang mendapat dana di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 ??  ?? AZRIL berbual mesra dengan anak-anak yatim.
AZRIL berbual mesra dengan anak-anak yatim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia