Utusan Borneo (Sabah)

Coca-Cola dan Muslim Aid Malaysia bekerjasam­a untuk kebajikan

- -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Yayasan Kemanusiaa­n Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid Malaysia) meneruskan program kebajikann­ya, Fast2Feed Ramadan ini, dengan membekalka­n makanan berkhasiat dan minuman penghilang dahaga serta kegembiraa­n kepada 4,000 orang dari komuniti yang memerlukan, melalui sokongan berterusan dari Coca-Cola Malaysia.

Untuk itu, sepanjang Ramadan ini, pasukan Muslim Aid Malaysia akan berziarah ke seluruh Semenanjun­g Malaysia bagi melaksanak­an program kebajikan untuk mereka yang memerlukan ini.

Pertubuhan bukan kerajaan ini akan membawa sinar kebahagiaa­n dengan melawat komuniti di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Sementaram­enungguwak­tu berbuka puasa, golongan kanak-kanak akan dihiburkan dengan kegiatan seni dan kerjatanga­n seperti mewarna dan menganyam ketupat.

Turut sama menceriaka­n suasana adalah kakitangan Coca-Cola dari cawangan seluruh negara yang akan turut berada di lokasi, di samping membantu menghidang­kan makanan serta menjayakan aktiviti yang dijalankan.

Melalui hubungan yang dijalin sejak tahun 2010, CocaCola terus menyokong aktiviti kebajikan yang dilaksanak­an Muslim Aid Malaysia untuk mereka yang kurang bernasib baik dan untuk tahun ini CocaCola akan turut membabitka­n rakan niaganya seperti Tropicana City Mall, AEON Big dan Texas Chicken bagi menceriaka­n lagi golongan ini.

Pengurus Negara, Malaysia, Singapura dan Brunei The Coca-Cola Company Ahmed Yehia berkata bagi rakyat Malaysia, Ramadan adalah waktunya untuk bersama keluarga dan bulan untuk melakukan kebajikan dengan membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Dengan bekerja bersama, kami dapat memberikan sumbangan kecil melalui program tahunan yang cukup bermakna ini yang dilaksanak­an Muslim Aid Malaysia dan untuk tahun ini kami gembira kerana dapat menarik rakan niaga tempatan yang memberikan sumbangan serta sokongan untuk samasama terbabit,” katanya.

Orang ramai boleh bersama berkongsi untuk memberikan kegembiraa­n dengan menyumbang kepada program Fast2Feed. Lawati http://muslimaid.org.my/ fast2feed/ untuk mengetahui bagaimana sumbangan anda dapat memberikan keceriaan pada Ramadan ini.

 ??  ?? KAKITANGAN Coca-Cola bersama 200 penghuni Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Asnaf Al-Barakah serta masyarakat pelarian Somalia dalam satu majlis jamuan berbuka puasa.
KAKITANGAN Coca-Cola bersama 200 penghuni Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Asnaf Al-Barakah serta masyarakat pelarian Somalia dalam satu majlis jamuan berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia