Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Garage Sale Bakat Darat 2017 meriah

- -Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Karnival Garage Sale Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Darat 2017 telah diadakan di perkaranga­n Masjid Khalid Al-Walid, di sini, baru-baru ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Setiawangs­a Datuk Ahmad Fauzi Zahari, dan diserikan dengan persembaha­n seni mempertaha­nkan diri oleh Kor Polis Tentera Diraja.

Sebanyak 38 tapak gerai yang menawarkan pelbagai produk jualan seperti makanan, pakaian, aksesori, hiasan rumah, makanan kesihatan dan sebagainya.

Isteri-isteri pegawai dan anggota yang merupakan ahli Bakat dari Markas 1 Divisyen, Sarawak yang diketuai Pengerusin­ya Datin Jacqueline Peris tidak melepaskan peluang menyertai Karnival Garage Sale Bakat Darat itu yang berlangsun­g selama dua hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Sajian menu istimewa dari negeri Bumi Kenyalang seperti Laksa Sarawak dan Mee Kolok berjaya menambat hati ramai pengunjung di samping menu rojak buah dan pisang goreng berkeju.

Program yang diilhamkan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat Darat Datin Sri Zaleha Md Yusof itu telah menjadi satu platform yang baik untuk ahlinya mengasah bakat keusahawan­an seterusnya menjana pendapatan untuk tabung Bakat.

Ahli Bakat juga dapat beramal dengan membuat sumbangan CSR di mana hasil jualan disalurkan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan.

Semasa penyertaan Garage Sale Bakat Darat 2017, ikatan kekeluarga­an dan silaturahi­m sesama ahli dari seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama terjalin dengan penuh harmoni.

 ??  ?? JACQUELINE (berbaju merah, empat dari kanan) bersama ahli Bakat semasa menyertai Karnival Garage Sales Bakat Darat di Kuala Lumpur.
JACQUELINE (berbaju merah, empat dari kanan) bersama ahli Bakat semasa menyertai Karnival Garage Sales Bakat Darat di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia