Utusan Borneo (Sabah)

Umat Islam jangan lalai majukan diri: Saddi

-

SUKAU: Masyarakat Islam digesa supaya tidak lalai dalam soal meningkatk­an taraf kehidupan diri dan keluarga kerana dengan berbuat demikian hanya menyebabka­n mereka terus tertinggal dalam dunia yang penuh mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata masyarakat Islam perlu berani mencuba dan meneroka bidang ekonomi yang boleh memberi pulangan pendapatan secara jangka panjang.

“Walaupun berada di kawasan luar bandar, tetapi masyarakat Islam di sini tetap terdedah kepada pelbagai peluang memajukan ekonomi sama ada berasaskan pertanian, perladanga­n mahu pun pelanconga­n. Juga tidak terkecuali meningkatk­an pendidikan anak-anak sebagai usaha memperkasa­kan taraf hidup keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah serta bantuan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mewakili Koperasi Pembanguna­n Desa (KPD) di Kampung Litang.

Beliau yang juga pengerusi KPD Sabah berkata masyarakat Islam di Mukim Litang boleh merebut peluang yang disediakan kerajaan di kawasan itu.

Katanya kesediaan meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran diri secara tekun, selain bersedia menambah pengalaman serta kajian tepat dalam bidang diterokai.

Saddi berkata ia adalah antara faktor yang membolehka­n setiap individu dan kumpulan itu mencapai kejayaan besar.

“Janganlah takut menghadapi kerugian atau kegagalan. Ia tidak akan berlaku jika kita benar-benar setia dan patuh kepada matlamat murni memajukan diri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat Islam di kawasan itu agar sentiasa bersatu dan bekerjasam­a, seterusnya menolak sikap iri hati sesama mereka demi mencapai kejayaan bersama.

“Sepatutnya, seluruh masyarakat khususnya Islam perlu bersatu agar sesiapa saja yang berjaya dalam kalangan mereka, berpeluang membantu masyarakat yang memerlukan pertolonga­n. Kalau sikap ini menjadi amalan, ia akan membawa kejayaan besar kepada masyarakat Islam di negara ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kinabatang­an Madinin Jimin, Penolong Jurutera Daerah Baljit Duisin, PPM Sukau Amirudin Mohd Damit, CDO Dasran Haji Dahalan, KAN Ag Ahmad dan KAN Abdul bin Abdul Karim.

Turut hadir dan menyampaik­an ucapan ialah Pemaju Mukim Japar Yusop.

Dalam pada itu, Saddi memberikan jaminan akan memainkan peranan berterusan menjayakan pembanguna­n di Mukim Litang secara berperingk­atperingka­t. Ia melibatkan Kg Dagat, Kg Tidung, Kg Sri Ganda, Kg Litang dan Kg Tundun Buhangin.

Katanya walaupun kawasan itu lebih menonjol dalam idang pertanian dan perladanga­n sawit, ia juga berpotensi untuk menjayakan aktiviti pelanconga­n kerana berhampira­n dengan Hutan Simpan Tabin dan kehidupan masyarakat nelayan sungai di kawasan itu.

“Maka, saya sedang melihat peluang baharu di kawasan ini. Demikian juga usaha menyediaka­n kemudahan asas rakyat seperti kemudahan jalan raya yang lebih baik, bekalan elektrik dan air. “Namun yang lebih penting, saya mengharapk­an rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi kesinambun­gan kerajaan untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

 ??  ?? ABDUL yang juga pengerusi Masjid Jannatunna­im menerima bantuan pembesar suara daripada Saddi.
ABDUL yang juga pengerusi Masjid Jannatunna­im menerima bantuan pembesar suara daripada Saddi.
 ??  ?? SADDI menyampaik­an bantuan SCR KPD.
SADDI menyampaik­an bantuan SCR KPD.
 ??  ?? JAPAR menyampaik­an ucapan alu-aluan.
JAPAR menyampaik­an ucapan alu-aluan.
 ??  ?? SADDI menyampaii­kan ucapan.
SADDI menyampaii­kan ucapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia