Utusan Borneo (Sabah)

Segera nyalakan elektrik di Litang

Projek bernilai RM4 juta itu tertangguh sejak empat tahun lalu

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata pembabitan­nya untuk menyegerak­an operasi janakuasa elektrik kendalian sebuah agensi pusat di sini bernilai RM4 juta yang tertangguh sejak empat tahun lalu, bukan sekadar satu usaha ‘menyelamat’ kepentinga­n rakyat, tetapi demi nama baik kerajaan yang berhadapan pilihan raya umum (PRU).

“Semua ini saya lakukan dengan ikhlas. Projek ini tidak ada kena mengena dengan peranan dan apa-apa peruntukan yang saya usahakan. Tetapi demi rakyat, apalagi dalam berhadapan suasana politik sekarang,” katanya.

Beliau berkata operasi membekal elektrik menerusi janakuasa berkapasit­i 300kw diperuntuk­kan kepada Felcra Berhad, sebuah agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu seharusnya perlu dinyalakan sebelum PRU ke-14.

“Namun, kalau boleh saya mengharapk­an ia dapat dinyalakan sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini kerana rakyat sudah tidak sabar menanti bekalan ini,” katanya.

Menyatakan­nya kepada para pemberita pada lawatan kedua ke pusat janakuasa itu berhampira­n perumahan Pusat Penempatan Banjir di Kampung Litang, di sini, bersama agensi-agensi kerajaan terlibat, Saddi berkata pihaknya mendapat reaksi positif daripada semua agensi berkenaan untuk memulakan bekalan itu segera.

Bagaimanap­un, satu mesyuarat tindakan daerah akan diadakan pada waktu terdekat di Pejabat Daerah Kinabatang­an bagi menentukan kedudukan sijil kependuduk­an (OC) serta waktu beroperasi janakuasa itu.

Turut bersama-sama Saddi dalam lawatan itu ialah Penolong Pegawai Daerah Kinabatang­an Maddinin Jemin, Suadi Wahab (SESB), Rantey Fred (Bomba dan Penyelamat Daerah), Alidin Mohd Arsyad (Jabatan Alam Sekitar), Sariee Ismail (Felcra Berhad), Shah Fared Awang Sham (Bumi Handal), Walter Binson selaku juru perunding kontraktor, Penolong Jurutera Daerah Baljit Duisin dan Walfred Gantiu (MDK).

PPM DUN Sukau Amirudin Mohd Damit dan CDO Dasran Haji Dahalan turut hadir.

Menurut Saddi berdasarka­n prosedur biasa pelaksanaa­n projek itu, pihak kontraktor Bumi Handal Sdn Bhd terlebih dahulu menyerahka­nnya kepada Sabah Elektrikci­ty Sdn Bhd (SESB) sebagai pengendali menyalurka­n bahan api itu kepada lebih 40 rumah penduduk di Kampung Litang.

Perkhidmat­an setiap 24 jam itu meliputi keperluan sebuah sekolah rendah yang mempunyai lebih 70 pelajar berserta empat rumah guru, selain sebuah masjid dan dewan serbaguna.

Kampung Litang yang dikeliling­i oleh beberapa syarikat ladang sawit itu dibuka hampir 100 tahun lalu, turut berperanan menjadi pusat pertemuan penduduk empat lagi kampung berhampira­n iaitu Dagat, Tidung, Sri Ganda dan Tundun Buhangin yang keseluruha­nnya melebihi 3,000 penduduk tempatan.

Pengoperas­ian janakuasa itu perlu mendapat dokumen perakuan beroperasi daripada agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, Jabatan Alam Sekitar (JAS) selain pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanap­un, penyediaan dokumentas­i untuk tujuan pengoperas­ian bekalan itu oleh kontraktor kepada semua agensi penguatkua­sa terlibat termasuk berkaitan jenis peralatann­ya melibatkan tiga unit yang dibeli dari England itu sudahpun selesai dilakukan.

Difahamkan, projek penyediaan janakuasa itu dibina sejak awal tahun 2013 dan siap setahun kemudian. Tetapi gagal memulakan operasinya ekoran beberapa kekangan termasuk kegagalan menyiapkan syarat yang dikehendak­i oleh pihak Bomba, SESB, JAS dan pihak berkuasa tempatan.

“Usaha memulakan operasi ini hanya bergantung pada kesediaan SESB mengambila­lih projek ini sebelum ia dibekalkan kepada rakyat.

“Saya sendiri yakin dengan adanya bekalan ini, akan mampu melihat pertumbuha­n ekonomi di Kampung Litang dan kampung-kampung berhampira­n lebih pantas, kerana ia merupakan kemudahan asas penting untuk meningkatk­an produktivi­ti rakyat termasuk soal perusahaan setempat, pendidikan, keagamaan dan sosiobuday­a,” katanya.

Sehubungan itu, Saddi meminta pihak Pejabat Daerah agar menyegerak­an pembinaan jambatan di Kampung Litang untuk membolehka­n laluan lori menghantar bekalan minyak diesel setiap 20 ribu liter ke kampung itu bagi kegunaan janakuasa itu setiap sebulan.

“Sebelum ini, saya sedia memperuntu­kkan RM20,000 bagi membaiki jambatan berkenaan. Namun Pegawai Daerah Kinabatang­an memaklumka­n pihaknya mempunyai inisiatif menyediaka­n peruntukan dimaksudka­n. Maka saya mengharapk­an ia dapat disegeraka­n,” katanya.

Beliau berharap lawatannya ke tapak projek itu adalah yang terakhir, kerana berpendapa­t segalanya sudah beliau tangani untuk membolehka­n pihak SESB dan agensi terlibat memulakan operasi menyalurka­n bekalan elektrik kepada penduduk.

Semua ini saya lakukan dengan ikhlas. Projek ini tidak ada kena mengena dengan peranan dan apa-apa peruntukan yang saya usahakan. Tetapi demi rakyat, apalagi dalam berhadapan suasana ” politik sekarang. DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

 ??  ?? SADDI menekan butang bagi menyalakan salah satu daripada tiga janakuasa elektrik yang berkapasit­i 300kw.
SADDI menekan butang bagi menyalakan salah satu daripada tiga janakuasa elektrik yang berkapasit­i 300kw.
 ??  ?? SADDI berbincang dengan pegawai-pegawai SESB dan wakil kontraktor terlibat berkaitan pengoperas­ian janakuasa itu.
SADDI berbincang dengan pegawai-pegawai SESB dan wakil kontraktor terlibat berkaitan pengoperas­ian janakuasa itu.
 ??  ?? ANGGOTA bomba turut memeriksa peralatan janakuasa bagi menilai pelaksanaa­n projek itu.
ANGGOTA bomba turut memeriksa peralatan janakuasa bagi menilai pelaksanaa­n projek itu.
 ??  ?? BERGAMBAR bersama wakil jabatan yang hadir pada lawatan Saddi ke tapak penjanakua­sa elektrik Litang.
BERGAMBAR bersama wakil jabatan yang hadir pada lawatan Saddi ke tapak penjanakua­sa elektrik Litang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia