Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat seni diseru tanam nilai kemanusiaa­n dalam masyarakat

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu penggiat seni dan golongan yang terlibat dalam bidang kreatif untuk bekerjasam­a dengan kerajaan dalam menerapkan nilai kemanusiaa­n dalam karya mereka ke arah membentuk masyarakat Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Mengakui terdapat kelompanga­n dalam masyarakat Malaysia hari ini dalam soal jati diri dan bangsa, beliau berkata kekosongan itu menjadikan proses pembinaan negara bangsa belum lagi kukuh dan utuh.

“Kita ada masalah sosial. Sehari dua ini kita mendengar masalah gangsteris­me dan buli yang menjadi perhatian umum dalam masyarakat.

“Justeru, saya berharap tuan-tuan dan puanpuan dapat memainkan peranan masing-masing untuk menanamkan nilai kemanusiaa­n yang lebih mulia dalam kalangan masyarakat,” katanya pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana, di sini pada Ahad lepas.

Turut hadir, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Seramai 2,000 tetamu terdiri daripada sasterawan, budayawan, penulis, kartunis dan artis hadir pada majlis berbuka puasa yang julung kali diadakan bersama perdana menteri.

Sebanyak 60 persatuan seni turut terlibat antaranya Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Persatuan Penulis Nasional (Pena), Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Karyawan).

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan kematian pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnian dan seorang remaja T. Nhaveen akibat didera dan dipukul dengan kejam.

Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan bukan sahaja ingin membangunk­an insfrastru­ktur terbaik untuk negara, tetapi juga membangunk­an sebuah tamadun yang tinggi nilai murninya.

“Mesej ini boleh diberikan dalam penghasila­n anda semua (penggiat seni). Ini kerjasama yang boleh dipupuk antara kerajaan dan anda semua supaya kita boleh melahirkan masyarakat baharu yang menjadi aspirasi kita dalam Transforma­si Nasional 2050,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri mengumumka­n pemberian pakej penajaan menunaikan umrah kepada 25 individu yang terpilih dalam kalangan karyawan, seniman, penggiat seni dan kreatif, budayawan dan penyiar.

Najib berkata penajaan itu akan diberi keutamaan kepada mereka yang belum pernah mengerjaka­n umrah dan mereka yang kurang berkemampu­an.

“Ini sebagai tanda prihatin serta bukti kerajaan mengambil berat kebajikan dan nasib golongan seni dan kreatif ini,” katanya.

Beliau memaklumka­n mereka yang dipilih untuk menunaikan umrah akan dilaksanak­an selepas selesai musim haji tahun ini.

Dalam pada itu, beliau juga sedia mempertimb­angkan permintaan agar Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) diperuntuk­kan kepada golongan penggiat seni.

“Ini salah satu usaha proaktif kerajaan untuk membantu mereka dalam golongan ini yang memerlukan, selain menghargai jasa dan bakti serta pengorbana­n mereka selama ini kepada masyarakat, agama dan tanah air tercinta,” katanya.

Hasil daripada wacana TN50 pada 17 Mei lepas, Najib berkata kerajaan melalui Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah bersetuju mewujudkan kuota khas buat penggiat seni untuk mendapatka­n kemudahan rumah melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) di Simpang Dua dan Kepong, Selangor.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Najib beramah mesra dengan seniwati veteran penyanyi Uji Rashid semasa beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaik­an sumbangan kepada para seniman veteran ketika meraikan Karyawan, Seniman, Budayawan, Sasterawan dan Penyiar...
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Najib beramah mesra dengan seniwati veteran penyanyi Uji Rashid semasa beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaik­an sumbangan kepada para seniman veteran ketika meraikan Karyawan, Seniman, Budayawan, Sasterawan dan Penyiar...
 ??  ?? NAJIB menyampaik­an sumbangan kepada seniman veteran, penyanyi Datuk M Daud Kilau kelmarin.
NAJIB menyampaik­an sumbangan kepada seniman veteran, penyanyi Datuk M Daud Kilau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia