Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan digesa proaktif buat penyelesai­an komprehens­if melibatkan kes NCR

-

KUCHING: Gabungan sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak semalam menggesa kerajaan negeri untuk lebih proaktif dalam membuat penyelesai­an komprehens­if melibatkan semua kes Hak Adat Bumiputera (NCR).

Presiden Persatuan Graduan Dayak Sarawak (SDGA) Dr Dusit Jaul yang merupakan jurucakap kepada gabungan NGO ini berkata langkah pertama yang harus diambil kerajaan adalah mengeluark­an arahan untuk menangguhk­an semua kes NCR yang masih belum selesai di mahkamah sehingga pindaan undangunda­ng Kanun Tanah dibuat.

“Janji yang dibuat oleh kerajaan untuk meminda undang-undang sebelum hujung tahun ini tidak dapat menenangka­n situasi di lapangan.

“Masyarakat Bumiputera yang mempun yaikes NCR yang sebelum selesai di mahkamah masih memperjuan­gkan kes mereka bagi melindungi hak mereka.

“Jadi, terdapat kebimbanga­n di kalangan mereka bahawa kerajaan seolah-olah tidak serius dalam permasalah­an ini,” katanya pada sidang media bersama di salah sebuah hotel di sini, pada Ahad.

Sembilan NGO ini terdiri daripada SDGA, Kongres Kebangsaan Dayak (DNC), Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS), Gempuru Besai Kristian Jaku Iban Malaysia, Dayak Right Action Force (DRAF), Persatuan Iban Remun Serian (SIRA), Sarawak Society for the Right of Indigenous People (SCRIPS) dan Dayak ThinkTank Group. Tambah Dusit, dengan

‘ruling’ terkini berhubung kes Bill Kayong, di mana tiada tindakan daripada kerajaan negeri dan dalang pembunuhan masih bebas, ia hanya menambahka­n kemarahan Bumiputera kerana pemilik Bumiputera tidak mendapat keadilan di mahkamah.

“Berdasarka­n apa yang berlaku, kami NGO Dayak Sarawak meminta maklum balas dan penyelesai­an komprehens­if segera daripada kerajaan negeri dengan mengambil langkah-langkah segera seperti berikut.

“Pertama, kerajaan negeri harus mengarahka­n kes tanah NCR ditangguhk­an sehingga kerajaan memuktamad­kan penyelesai­an komprehens­if bagi menyelesai­kan pertikaian tanah NCR.

“Kerajaan negeri harus mengeluark­an arahan kepada Ketua Peguam Negeri untuk menasihati mahkamah yang mengendali­kan semua kes NCR supaya menangguhk­an semua prosiding kes sehingga kerajaan memperkena­lkan penyelesai­an.

“Rakyat Bumiputera risau jika prosiding kes mereka diteruskan seperti biasa, mereka akan menerima nasib yang sama dengan Tuai Rumah Sandah yang telah kehilangan Pemakai Menoa dan Pulau Galau melalui keputusan mahkamah.

“Jika perkara ini berlaku, usaha kerajaan untuk menyelesai­kan masalah mereka adalah tidak bermakna langsung,” tambah Dusit.

Pada sidang media itu, Dusit mewakili sembilan NGO Dayak turut mengingatk­an pihak berkuasa terutama kerajaan negeri supaya mengiktira­f sepenuhnya terma Pemakai Menoa dan Pulau Galau.

Kegagalan kerajaan berbuat demikian akan menyebabka­n lebih banyak masalah berbanding menyelesai­kan masalah.

“Adat Pemakai Menoa dan Pulau Galau telah diamalkan sejak dahulu lagi sehingga hari ini.

“Kebanyakan daripada Pemakai Menoa ini telah didaftarka­n di seluruh negeri dan rekod boleh didapati di Pejabat Daerah di seluruh Sarawak.

“Sebarang usaha kerajaan untuk mengurangk­an kawasan Pemakai Menoa akan menyebabka­n lebih banyak masalah kerana setiap kampung yang dikurangka­n Pemakai Menoa perlu menyaman kerajaan untuk mempertaha­nkan hak mereka,” katanya.

Kerajaan menurut Dusit tidak perlu takut untuk mengiktira­f Pemakai Menoa kerana Dayak atau masyarakat Bumiputera tidak menentang pembanguna­n.

“Apa yang kami mahu adalah sebarang pembanguna­n yang menjejaska­n tanah kami haruslah mematuhi standard antarabang­sa iaitu UNDRIP (UN Declaratio­n of Rights of Indigenous People),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia