Utusan Borneo (Sabah)

Pantai Damai ada sistem pastikan semua golongan sasar dapat bantuan

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai mengguna pakai sistem tersendiri dalam usaha memastikan tiada golongan sasar tercicir daripada mendapat bantuan.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar merangkap Adun Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia adalah satu inisiatifn­ya dengan menubuhkan badan khas bagi turun padang mengesan golongan sasar yang memerlukan bantuan.

“Untuk kawasan DUN Pantai Damai kita ada sistem tersendiri untuk memastikan tiada individu yang layak menerima bantuan tercicir daripada senarai.

“Sebab itu, kita bentuk satu badan khas untuk tangani masalah ini yang mana mereka ini akan pergi ke kawasan masing-masing dan sekiranya terdapat individu yang memerlukan bantuan mereka akan melapor dan mendaftar kepada agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Ihsan Aidilfitri kepada 176 penerima yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di Masjid Darul Hana di sini, pada Ahad.

Malah, Dr Abdul Rahman berkata usaha itu selari dengan komitmen kerajaan yang memberi keutamaan terhadap kebajikan rakyat.

“Kita tidak nafi ada berlaku keciciran tetapi kes sebegini sedikit di kampung-kampung, sebab itulah pemimpin kampung perlu memainkan peranan masing-masing bagi menyenarai­kan mereka ini,” tegasnya.

Menyentuh mengenai generasi muda masa kini, beliau menggesa ibu bapa mementingk­an pendidikan anak-anak baik dari segi akademik mahupun ilmu agama.

Pada masa sama beliau meminta agar institusi keluarga diperkukuh­kan bagi memastikan perpaduan dan keharmonia­n rakyat berbilang kaum dan agama sentiasa terpelihar­a.

 ??  ?? DR ABDUL RAHMAN menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada penerima.
DR ABDUL RAHMAN menyampaik­an sumbangan Aidilfitri kepada penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia