Utusan Borneo (Sabah)

Menyamar nelayan M’sia

Cubaan bot nelayan Vietnam guna nombor pendaftara­n M’sia ceroboh perairan S’wak gagal

-

MIRI: Tindakan dua bot nelayan Vietnam cuba menyamar menggunaka­n nombor pendaftara­n Malaysia untuk mengaut hasil di perairan negeri ini tidak berjaya selepas kegiatan dihidu dan dipatahkan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM).

Kapal peronda APMMM yang sedang melakukan Ops Permai berjaya mengesan dua bot nelayan sedang melakukan penangkapa­n ikan secara tunda ganding kira-kira enam batu nautika, sekitar jam 10.37 malam pada 15 Jun lalu.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, peronda APMM DM 13 Miri merapati kedua-dua bot berkenaan menggunaka­n nombor pendaftara­n bot nelayan Malaysia.

Bagaimana ketika pemeriksaa­n terperinci dilakukan, anggota penguat kuasa APMM DM 13 Miri mendapati keduadua bot nelayan tersebut telah memalsukan nombor pendaftara­n mereka kerana kedua-duanya tidak berdaftar di Malaysia.

Pengarah Maritim DM 13 Komander Maritim Mohd Hambali Ya'akub

“Pemeriksaa­n kita juga mendapati keduadua bot berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan negara dan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. ”

berkata salah sebuah bot yang menggunaka­n nombor pendaftara­n SF2-3728 adalah didaftarka­n di bawah nombor KG-95298-TS, manakala sebuah lagi (SF2-4097) didaftarka­n di bawah nombor KG95297-TS, di mana keduaduany­a didaftarka­n di negara Vietnam.

“Pemeriksaa­n kita juga mendapati kedua-dua bot berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan negara dan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Justeru, kita menahan semua 26 kru kedua-dua bot itu juga warganegar­a Vietnam berusia dalam lingkungan umur 17 hingga 35 tahun.

“Tiga daripada kru tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya lagi.

Mohd Hambali mengesahka­n kedua-dua bot nelayan Vietnam beRserta 26 kru ditahan pada jarak 127 batu nautika dari kuala Sungai Miri pada jam 12.51 tengah malam, 16 Jun lalu dan ditunda serta dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) di Pulau Melayu untuk siasatan lanjut.

Manakala hasil tangkapan merekaseba­nyak70tand­engan nilai pasaran dianggarka­n RM500,000 turut dirampas.

 ??  ?? SALAH sebuah bot nelayan asing menggunaka­n no pendaftara­n palsu Malaysia, ditahan oleh APMM DM13 Miri, ketika menangkap ikan secara haram.
SALAH sebuah bot nelayan asing menggunaka­n no pendaftara­n palsu Malaysia, ditahan oleh APMM DM13 Miri, ketika menangkap ikan secara haram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia