Utusan Borneo (Sabah)

Semua kaum harus bertoleran­si, miliki semangat ukhwah, saling melengkapi

-

ENGKILILI: Semua kaum harus mengamalka­n budaya bertoleran­si, memiliki semangat ukhwah yang tinggi serta saling melengkapi kerana ia tunjang perpaduan di negeri ini.

Setiap perbezaan pandangan dan iri hati terutama membabitka­n rakan berbeza budaya perlu ditolak kerana ia hanya menyemai bibitbibit kebencian seterusnya mengundang perpecahan kaum.

“Kita harus belajar daripada negara jiran serta beberapa negara di timur tengah yang bergolak serta hancur dek pertelingk­ahan mazhab hingga menagih korban nyawa saban hari,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas-Bernas 2017 anjuran bersama Saberkas Cawangan Engkilili, Pejabat Rela Daerah Lubok Antu serta Pusat Khidmat Adun N33 Engkilili di stesen bas lama pekan Engkilili di sini, pada Ahad.

Tambahnya, perpaduan yang dinikmati kini harus dipertahan­kan dan setiap kaum mempunyai hak sama selagi kita rakyat Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

“Tiada seorang pun boleh memanggil kaum lain sebagai pendatang dan memperleke­hlekehkan mereka walaupun mereka minoriti dalam sesuatu komuniti,” katanya.

“Sebab itu, saya tidak pernah meminggirk­an kaum Melayu dan Cina di DUN ini sekali pun mereka tidak ramai...apa sahaja permintaan membabitka­n pembanguna­n akan ditunaikan kerana mereka juga warga Engkilili,” tegasnya.

Bercakap lanjut, Dr Rayong berkata kita di Sarawak beruntung kerana dapat duduk dan makan bersama tanpa halangan dan bebas menggunaka­n kalimah Allah yang sangat sensitif di Semenanjun­g Malaysia.

“Maka itu saya sering tegaskan bahawa jika mahu melihat konsep 1Malaysia yang sebenar boleh datang ke Sarawak kerana kita di sini benar-benar mengadapta­sikan konsep itu,” katanya dan menambah, Sarawak negeri pertama menubuhkan Unit Bukan Muslim yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang berfungsi untuk merapat serta mengeratka­n silaturahi­m sesama masyarakat berbilang agama di negeri ini.

Pada majlis tersebut, Dr Rayong menyampaik­an kira-kira 500 bubur lambuk kepada tetamu dan masyarakat di sekitar pekan Engkilili serta menyampaik­an bantuan berupa keperluan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta wang saku kepada 16 penerima hasil sumbangan peribadi beliau.

Katanya, ini tahun keempat beliau mengadakan majlis serupa dan ia ternyata mendapat sambutan bukan sahaja masyarakat Melayu malah kaum Iban dan Cina di sini.

“Maka itu, saya tidak pernah terlupa untuk menganjurk­an majlis sama saban tahun kerana mahu berkongsi keceriaan sambutan Aidilfitri sekali pun kaum Melayu sedikit sahaja di sini,” ujarnya.

Menyentuh isu pembanguna­n, beliau berikrar akan menyalurka­nnya di semua kawasan DUN Engkilili tanpa ada tempat dianaktiri­kan.

“Bagi saya, semua kawasan masih dahagakan pembanguna­n dan menjadi keutamaan saya bersama Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak untuk menyalurka­nnya di semua kawasan...maka saya merayu kepada semua agar bersabar kerana lambat atau cepat adalah bergantung kepada dana serta kelulusan di peringkata­n pembuat keputusan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat terutama pengundi agar terus memberi kepercayaa­n kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilhan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menerusi calon yang diyakini akan dipertaruh­kan semula iaitu William Nyalau.

“Saya berharap agar anda semua terus menyokong kerajaan BN menerusi calon yang bakal dipertaruh­kan semula iaitu Nyalau...kerana saya selesa bekerja bersama beliau sepanjang menjadi Ahli Parlimen Lubok Antu,” tegasnya.

Pada majlis sama Dr Rayong mengumumka­n pemasangan pendingin hawa untuk Masjid Darul Na’aim, Kampung Melayu Engkilili bernilai RM100,000.

 ??  ?? DR RAYONG bersama tetamu dan penerima bergambar bersama selepas penyerahan bubur lambuk dan bantuan Hari Raya di pekan Engkilili.
DR RAYONG bersama tetamu dan penerima bergambar bersama selepas penyerahan bubur lambuk dan bantuan Hari Raya di pekan Engkilili.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia