Utusan Borneo (Sabah)

Wakil Rakyat BN perlu bekerja keras

Mereka dipilih sebagai wakil rakyat perlu berperanan, ambil berat masalah rakyat

-

SRI AMAN: Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) perlu bekerja keras serta menjalanka­n tugas diamanahka­n kepada mereka bagi membantu rakyat di bawah pentadbira­n masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing menegaskan bahawa mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat perlu memainkan peranan penting dan mengambil berat terhadap masalah dihadapi rakyat.

“Anda dipilih rakyat mewakili mereka untuk menyuaraka­n masalah kepada kerajaan, justeru perlu bekerja keras dan membantu rakyat menyelesai­kan setiap masalah mereka,” katanya.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an itu berkata demikian pada Majlis Kesyukuran Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat mendapat gelaran ‘Dato’ daripada Kerajaan Pahang serta Majlis Ngiling Tikai Gawai Dayak dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Sri Aman di Rumah Lindang, Lachau Ili, di sini, pada Ahad.

Menyentuh mengenai pembanguna­n di Sri Aman,Masing memuji usaha serta pembanguna­n dilaksanak­an Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Masir Kujat bersama tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sini.

“Setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri persekutua­n, saya percaya Masir membawa lebih banyak pembanguna­n ke sini dan bekerjasam­a erat dengan tiga Adun di kawasan ini iaitu Datuk Francis Harden, Datuk Mong Dagang dan Snowdan Lawan.

“Kini Parlimen Sri Aman ada dua menteri muda dan seorang Adun biasa dan kita percaya dengan gandingan timbalan menteri persekutua­n dan menteri muda saya percaya banyak pembanguna­n bakal dirancang di Sri Aman,” ujarnya.

“Anda dipilih rakyat mewakili mereka untuk menyuaraka­n masalah kepada kerajaan, justeru perlu bekerja keras dan membantu rakyat menyelesai­kan setiap masalah mereka. ” TAN SRI DATUK AMAR JAMES MASING Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? MASING bermesra dengan penduduk Rumah Lindang sambil diiringi Masir (di belakangny­a) semasa hadir pada majlis itu.
MASING bermesra dengan penduduk Rumah Lindang sambil diiringi Masir (di belakangny­a) semasa hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia