Utusan Borneo (Sabah)

`Bukti Umno bukan parti rasis’

1,000 golongan kurang bernasib baik di Penampang terima bantuan

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Sejumlah RM300,000 telah disampaika­n kepada 1,000 penerima yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik di sekitar Penampang.

Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bantuan itu diberikan kepada 500 penerima muslim dan 500 penerima bukan Islam.

“Setiap orang akan menerima RM300 dan bantuanini­adalahsumb­angan khas daripada Perdana Menteri kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Penampang juga adalah Parlimen pertama diberikan sumbangan kepada mereka yang bukan beragama Islam,” katanya ketika berucap di Program Ziarah Kasih Ramadan Al-Mubarak 2017, kelmarin.

Beliau berkata bantuan itu menunjukka­n bahawa Umno bukan sebuah parti yang rasis dan Islam itu bukan pengganas.

Katanya kerajaan datang ke sini untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik tidak kira apa latar belakang politik masing-masing.

“Saya tidak kisah anda menyokong parti mana... pembangkan­g atau kerajaan, bantuan ini adalah untuk semua.

“Kita buat kerja dengan jujur, ikhlas dan adil kepada semua masyarakat. Rakyat sendiri jadi hakim bahawa mana satu parti yang menjaga kebajikan semua, tidak seperti pihak tertentu yang mengadakan siri jelajah yang hanya tahu memecahkan rakyat sahaja,” katanya.

Abdul Azeez berkata walaupun semua Kerusi dalam Parlimen Penampang jatuh di tangan pembangkan­g pada pilihan raya lalu, adalah tidak mustahil kesemua Kerusi itu akan dimenangi semula oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno di sini.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk John Ambrose berbangga apabila cadanganny­a diterima baik oleh pimpinan tertinggi parti agar memberikan bantuan kepada masyarakat bukan Islam di Penampang.

“Saya berterima kasih kepada pucuk pimpinan di atas keprihatin­an untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di Penampang.

“Bukan pada kali ini sahaja, tetapi selama ini peruntukan juga telah disalurkan untuk membantu pelbagai pihak di sini,” katanya.

Katanya adalah wajar untuk pengundi Penampang agar memberikan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan juga Ketua Menteri pada pilihan raya akan datang.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Ketua Umno bahagian Penampang Datuk Mohd Hasnol Ayub, Ketua Wanita Umno Bahagian Penampang Noraini Idris, Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun serta barisan pemimpinUm­noPenampan­g yang lain.

“Setiap orang akan menerima RM300 dan bantuan ini adalah sumbangan khas daripada Perdana Menteri kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Penampang juga adalah Parlimen pertama diberikan sumbangan kepada mereka yang bukan ” beragama Islam. DATUK SERI ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM Pengerusi Tabung Haji

 ??  ?? ABDUL Azeez (duduk, kanan) bersama John (duduk, kiri), Hasnol (tiga kiri) dan Noraini (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penerima sumbangan.
ABDUL Azeez (duduk, kanan) bersama John (duduk, kiri), Hasnol (tiga kiri) dan Noraini (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian penerima sumbangan.
 ??  ?? ABDUL Azeez menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an John (kiri).
ABDUL Azeez menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an John (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia